Monday, April 9, 2012

Menabur, menjamin masa depan

Lamanya tak update blog. Begitu sibuk dengan kehidupan kampus hingga terlupa pada diari mayaku.. Diarilah konon... hihiii... Bermula saja semester kali ini, Festival Kesenian Islam kena running, aktiviti2 bersama adik2 pun kena run, dan alhamdulillah semalam telah run lagi 1 program dakwah, Festival Nasyid IPTA 2012. Dulu masa sekolah rendah, selalu juga ikut pertandingan, tiap tahun. Nasyid, bercerita, hafazan dan lain2. Tapi dekat IPTA, payah sangat mau jalankan tiap tahun, melainkan di rancang untuk dijadikan aktiviti dalam takwim tahunan.

Begitu indah nyanyian lagu Ustaz Hasnul daripada kumpulan Diwani. Suara ustaz ni memang best. Alhamdulillah, suka sangat sebab dakwah hiburan semalam mendapat sambutan. Kumpulan FarEast pun ada. Suka lagu 'Saat Lafaz Sakinah' dan 'Menanti di Alam Barzakh' ...



Dan aku ketika itu, berada di belakang meja, tempat jualan CD Diwani. Tiba-tiba datang sorang mamat. Dik, YB mau beli semua ni. Ouwh..!! Habis tu, kalau beli semua, student nak beli apa? Jawabnya, untuk bagi studentlah tu. Ermhh, serta merta sorang AJK yg bersamaku mengira. Aku pun kira juga. 90 bang, kata AJK yg bersamaku. 1 CD berapa? Tanyanya. RM10, jawabku. Semuanya RM900. Lantas duit dikeluarkan. Banyaknya duit tu, lebih RM1000 dia pegang keluar dari poketnya. Menghitung hingga jumlahnya RM900. Kemudian dia ke hadapan. Aku dah tau apa agendanya buat macam tu. Eishh, betullah. Seperti yang disangka.

Setelah habis nyanyian Ustaz Hasnul, pengerusi majlis mengumumkan. Untuk pengetahuan semua, YB telah membeli semua CD di meja AJK khas untuk semua siswa siswi yang ada dalam dewan ini. Huh~ lepas je pengumuman,  AJK termasuk aku membahagikan CD2 tersebut. Begitu juga yang berlaku ke atas barangan FarEast. Tak mengapalah, pujuk hatiku. Korang tabur, kami amek. Tu semua duit rakyat. Taburan duit untuk memancing hati siswa siswi. Kalau niat dia baik, alhamdulillah. Tapi agendanya aku dah tahu. Memang salu macam tu kalau nak menangi hati orang. Kena menabur, untuk masa depan. Huhh~

Nilah hal yang berlaku depan mata. Apa yang aku tengok ni mungkin ringan saja. Almaklumlah, PRU13 dah nak dekat. Maka 'tabungan' mula di tabur. Ya ALLAH, kurniakan kami pemimpin yang adil dan beriman. Amin.