Saturday, January 19, 2013

L I S T E N vs L E S S O N


Berikutan video ni, panas hati melihatnya... huhhh~


Ermh, mari ikuti pandangan daripada mahasiswa UMSKAL.

Rasanya isu ni masih gempaq, dan ada IPTA yang bertindak membuat tandatangan sokongan dan petisyen, termasuklah UMSKAL.. Syabas mahasiswa..!!  




p/s : jika mahu dihormati, maka hormatilah hak yang lain. Jangan di sangka golongan profesional sentiasa berada dalam kedudukan yang benar. We Are All Bawani..!!

U P D A T E

Assalamu'alaikum. Selamat tahun baru, 2013 walaupun dah terlambat ucap.. Rindu dengan penulisan. Setelah habis exam, baru punya kesempatan untuk update. Sebenarnya, ada penulisan yang tidak sempat dipaparkan dan dipostkan sekaligus. Ermhhh, semoga ilham ini berpanjangan dalam menyampaikan perkongsian hidup dan dakwah.

Kata-kata perkongsian hari ini : manusia itu sentiasa mahu menang, sehingga menjadikan fitnah sebagai pedang.

Akhir kalam sebelum meniti alam mimpi, sama-samalah kita muhasabah diri dan sentiasa mengira-ngira bahawa kitalah insan paling berdosa agar diri kita punya kekuatan jauh untuk berusah menggapai redhaNYA. Faham kan?? ^^V

S A H A B A T


Sahabat,
Andai coretan ini kau tatap,
Percayalah aku tidak pernah sesaat pun melupakan saat2 indah kita bersama.
Kita pernah tertawa riang, bergurau senda dan menangis bersama.
Tatkala airmata mengenangkan singkatnya pertemuan,
Namun jiwa ini tetap memanjatkan kesyukuran,
Kerana DIA mengaturkan pertemuan kita,
Dan kerana kau sahabat, cermin untuk diriku.


Sahabat,
Di kala aku jatuh, sedih dan menangis tersedu,
Kau umpama tisu menyapu airmata kalbu,
Umpama matahari besinar yang terbit di kala aku mendung.
Ya, kita pernah berselisih faham,
Namun hebatnya syariat kita,
Memerlukan muhasabah mencanai jiwa,
Mahukan ketenangan dan kesabaran menilai diri,
Memberitakan kita bahawa tiap manusia itu tidak ada yang sempurna.

Sahabatku,
Sesungguhnya kebaikan yang ada padamu,
Kadangkala membuatkanku rasa tidak layak bersamamu.
Diri ini sangat hina dengan bermacam kekurangan yang mungkin payah untuk kau terima.
Ketahuilah olehmu sahabat,
Bahawa ikatan persahabatan ini,
Bukan atas dasar kepentingan diri,
Bukan atas dasar material mahupun keinginan melebih.
Tetapi atas dasar kasih Illahi.

Sahabat,
Maafkan diri ini andai tidak berjaya memenuhi kehendakmu,
Tidak berjaya menjadi insan terbaik untukmu.
Ketahuilah bahawa diri ini sentiasa inginkan yang terbaik di setiap langkah kita,
Namun fahamilah bahawa kesempurnaan hanya milik DIA yang hakiki.


**Khusus buat sahabatku, G6, Ikatan Sahabat Raudhah dan semua yang mengenali.

D U G A A N


Setiap manusia tidak lari daripada dugaan yang pelbagai yang ditimpakan kepadanya oleh Rabbul Izzati. Perkara utama yang harus kita ketahui bahawa dalam kehidupan ini seyogianya perlu untuk memahami dan tahu bagaimana untuk berhadapan dengan permasalahan sama ada peribadi ataupun berkaitan dengan orang lain.

Dalam mengharungi duri kehidupan, kesabaran dan ketabahan merupakan elemen yang perlu diteguhkan. Hal ini kerana liku-liku hidup yang ALLAH turunkan pada setiap hambaNYA sangat berbeza. ALLAH MAHA BIJAK dalam menguji kesabaran hamba-hambaNYA. Bila ini yang sentiasa bermain dalam fikiran kita, percayalah bahawa hati kita serta merta ingat padaNYA dan sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir bahawa ALLAH sangat mempedulikan hambaNYA. Ujian yang ALLAH turunkan adalah sebagai tanda DIA peduli dan mahukan diri kita merapatiNYA.

Ingatlah, sesungguhnya dugaan itu datang silih berganti. Namun, berhadapan dengan dugaan itu terpulang kepada cara individu sama ada menerimanya sebagai suatu ujian, balasan mahupun tulah. Insan yang hebat berhadapan dengan dugaan merupakan insan yang sentiasa ingat pada DIA sama ada diduga dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Tidak dianggap beriman seorang hamba itu jika tidak ada ujian yang menimpanya.

p/s : Berusahalah untuk lulus setiap ujian yang ALLAH turunkan pada kita. In sha ALLAH, usaha tangga kejayaan. ^^V!@#$%^&*(jomlayan) Kehidupan, Raihan.

Jadilah begini, jika mahu begitu


Ya ALLAH, akukah orang ketiga itu..? Seolah-olah redha dengan takdir yang menyusun hidupnya, Syila rela melepaskan insan yang disayangnya selama hampir 5 tahun. Mungkin sukar, tapi dia harus melakukannya. Dia tidak mahu menjadi perosak kepada hubungan orang lain walaupun dia tahu bahawa dia perlu menyalahkan Hafiz dalam hal ini. Apasallah xbagitau, bisik Syila di hatinya. Dia sebenarnya terkejut dengan situasi yang dia hadapi. Mana taknya, Hafiz seolah-olah memberinya harapan untuk hidup bersama.

****
Papp..!! Novel yang dibaca, ditutup.. Ha...mesti mau tau apa erita seterusnya, kan? Hihi.. Mau baca sampai habislah, nak tau pengakhiran dengan cepatlaaa. Hahaa.. Cerita cinta ni, membuat kita lalai.. Teringat cerita2 dekat TV. Cerita-cerita yang hangat ditayangkan adalah cerita cinta, dan itu yang menjadi pilihan orang lain. Tidak kurang mak budak k, budak-budak k, terdedah dengan episod drama cinta. Macam-macam. Teringat masa sekolah dulu, kawan sekelas terbakar rumah. Berpunca daripada dapur.Mungkin ada mak budak atau budak-budak yang lupa keadaan nasi hangit dalam dapur, yang lupa dengan kek yang dibakar dalam oven. Tu diaa, penangan cerita Rosalinda, Telenovela yang hangat masa zaman sekolah menengah..hihii..

>> Ok, sekarang kita tukar mood.
Allah mengurniakan cinta dalam hati setiap manusia. Kenapa? Adakah rasa itu untuk manusia semata2? Oh, tidak. Cinta pada ALLAH, Rasul, ibu bapa, saudara mara, haiwan dan persekitaran. Rasa cinta kasih yang DIA berikan adalah untuk semua. Bagaimanalah keadaan manusia jika tanpa cinta ALLAH? Lalai dengan nikmat dunia semata2. Ada yang lupa bahawa segala nikmat yang diperoleh adalah daripadaNYA.Ada juga yang lupa, bahawa nikmat kekayaan adalah kurniaan ALLAH sehingga menyatakan harta yang diperolehnya adalah atas dasar usahanya sendiri, langsung tidak menyatakan rasa syukur. Cinta materialistik. Inilah antara akibat bila perasaan cinta pada ALLAH sudah hilang.

Bila kita lihat kes-kes gadis lari dari rumah, ada yang meletakkan kesalahan pada ibu bapa. Namun itu bukanlah alasan yang cukup munsabah. Ibu bapa adalah pendorong kepada anak-anak untuk tidak melakuan itu dan ini. Hal ini kerana, segala keputusan untuk melakukan itu dan ini, berkata ya atau tidak adalah daripada individu itu sendiri. Sebenarnya, individulah yang boleh membuat keputusan untuk dirinya. Cuma, bagaimana keputusan itu diputuskan adalah bergantung kepada pemikiran individu tersebut berdasarkan pengalaman hidup, pengisian daripada ceramah ataupun nasihat kawan-kawan dan lain-lain lagi faktor yang mempengaruhi keputusan.

Situasi??
Adakalanya, situasi yang kita berhadapan adalah teman yang bersikap dingin. Tapi bila jatuh cinta pada individu baru, mudah sejuk terhadap individu tersebut. Ermhh, macam-macam ragam manusia, kan? Mungkin kita pernah berdepan dengan situasi mengenai perubahan seseorang kerana orang yang disukai. Cinta, merupakan fitrah manusia. Bagaimanakah cinta itu boleh membawa seseorang individu untuk berada dekat kepada ALLAH? Seperti situasi tadi jugalah. Pandangan saya, itu bagus sebagai motivasi kepada individu tersebut. Semangat. Namun niat yang terutama dan harus diutamakan adalah, berubah kerana ingin dekat pada ALLAH. Dan harus diingat, perubahan yang harus dimulai setelah niat adalah menjaga solat, menjaga aurat dan sikap. Kitakan selalu mendengar, solat mencegah dari kemungkaran. Maka, solat itu harus dijaga. Cintailah perintah ALLAH, itu adalah yang terutama.

ALLAH mencipta manusia berpasang-pasangan. Itu tanda kekuasaan ALLAH dan kita sendiri tidak tahu siapakah bakal pasangan. Namun, jika inginkan insan dambaan yang boleh memimpinmu ke syurga, buatlah seperti mana yang ALLAH syariatkan. Percayalah pada firman ALLAH surah An-Nur ayat 26 secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. (Bolehlah mengambil tafsir dan mencari maknanya untuk lebih jelas). Yakinlah.  Jadilah begini andai mahu begitu. ^^V

p/s: Penuhilah hatimu dengan cahaya keimanan. Bentuklah dirimu mengikut acuan sebagaimana fitrahmu yang sebenar.

Wednesday, October 3, 2012

Selepas September, Oktober

September membawa beribu kenangan. Alhamdulillah, dalam bulan September jugalah aku dapat meraikan hari raya bersama keluargaku. Selang seminggu lepas tu, kena berangkat pulang ke Labuan, bumi  tercinta (aisehhh..!!). Pejam celik selepas 2 minggu berada dalam kampus, PRK plak memanaskan bumi UMSKAL. Haaa, aura oren tiba masa tu. Semangat ko jo..!! Walaupun hanya 1 calon yang kami “kirim” berjaya menjadi pilihan hati kampus, namun kami tetap bersyukur. Semoga dia dapat menjayakan segala manifestonya sepanjang berada dalam kepimpinan MPP. Dengan keadaan oren yang membahang, terdapat juga isu yang menjadi bualan ramai. Ermhh, xpa. Itu normal dalam kamus hidup kampus yang tidak akan pernah lari dengan politikampus. Aku akui, semua kampus juga macam tu. 

Hampir seminggu selepas PRK, Malaysia panas pulak dengan bajet 2013 yang aku perhatikan sebagai bajet melampau2x. Terlalu baik pulak PM kita ni. Bukan tidak bersyukur dengan bajet yang ditentukan, tapi hairan sedikit. Sebab apa?? Mari lihat ni (link bajet 2013).

Ulasan daripada itu, pelbagai pandangan aku baca. Bajet 2013 umpama “gula-gula” Chupa Chupps. Ada juga yang berfikiran bahawa ada motif disebalik “gula-gula” tersebut. Aku selaku mahasiswa juga xlari dari memperoleh sesuatu yang “manis”.  Baucer RM250 diteruskan. Maka, ramailah yang merasa sangat beruntung (untungla~). Bagi anak muda yang berusia 21 tahun ke atas dan bujang pula dapat BR1M bernilai RM250. Untung juga bagi yang masih bujang. Bila menitikberatkan soal bajet 2013, ada juga benda yang xpenting terlalu dititikberatkan oleh kerajaan, contohnya diskaun RM200 untuk pembelian smartphone. Ishk3x~ Bukankah itu hanya kehendak berbanding kenaikan gula yang menjadi keperluan? Harga gula naik 20sen. Better bagi subsidi pada gula berbanding pemberian diskaun RM200 utk pembelian smartphone.


             Di kampus pula, sebelum pembentangan bajet 2013, kami dah dapat Kad Diskaun Siswa. Alhamdulillah. Cuma apa yang xseronok adalah, kedai2x yang menerima KDS tersebut banyak di area Semenanjung Malaysia. Habis tu, aku yang nak shopping kat Sabah ni hanya dapat diskaun kat KFC dgn Kedai Kasut Bata jak? It’s not fair laaaa~~~ Kami orang2 Borneo (Sabah Sarawak) ni anak tiri Malaysia ke?? Sob3x.. True..!! Luahan anak Sabah.