Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil'adha...

Kali ini, aku menyambut raya aidil'adha kat kampus lagi. Hari raya korban nanti, semua kena pakai baju maron tau. Itulah pinta sorang pimpinan pada sahabat pimpinannya. Hari raya telah tiba hari ini. Sungguh sunyi kampusku. Aku menitip jalan ke arah asramaku. Pagi tadi, aku bergegas pulang dari rumah sahabatku, Siti Qamariah. Sedih juga kerana terpaksa meninggalkan dia beraya sorang di rumahnya. Sempat aku bersalam dengannya sebelum meninggalkan dia berseorangan. InsyaALLAH, aku akan menemaninya untuk menziarahi kawannya esok.

***


Aku rindu pada suara takbir. Lantas, aku buka lappy dan search for takbir on Google. Yess, i got it. Suara arwah Ustaz Asri berkumandang di bilik asramaku. Begitu syahdu. Teringat pula keluarga di kampung. Ermh, kali ni aku xdapat pulang beraya bersama. 

***

Walaupun ketiadaanku d sisi keluarga, namun doaku untuk seluruh keluargaku tetap ada. Pengorbanan kedua ibu bapaku ketat dalam ingatan. Ya ALLAH, rindunya aku pada mereka.. Moga mereka sentiasa dalam rahmatMu Tuhan~ ^^

Thursday, November 3, 2011

Bayaran Yuran kepada ALLAH...


Tertarik dengan gambar yang agak kelakar. Dari facebook coursemate aku. Dia memang kelakar gila. Ermh, apa yang nak dikongsikan disini, dalam dunia ni tiada perkara yang boleh kita peroleh dengan percuma, kan?? Perasan x, kalau kita pergi ke Program ataupun Majlis Walimatulurus, kita diberikan goodie beg atau saguhati. Itu adalah sebagai tanda terima kasih pihak mereka kepada kita. Ini berkenaan penghargaan mereka pada kita selaku tetamu.

Bilamana suatu perkara berlaku dan kemudiannya kita mendapat penghargaan atas suatu perkara yang kita lakukan, cuba persoalkan pada diri. Adakah kita gembira? Adakah kegembiraan kita disebabkan penghargaan? Dan adakah kegembiraan itu mencetuskan bahawa kita perlu memberi lagi. Semestinya, jawapannya, ya. Saya gembira dan ingin memberikan lagi. Murahnya hati insan ini. Bagaimana pula dengan perkara yang langsung tidak dihargai?  Mahukah kita terus memberi walaupun tidak mendapat penghargaan? Mungkin kita akan down kerana tiada penghargaan yang kita peroleh, kan???

Lakukannya kerana ALLAH, diberi pujian atau tidak, semestinya pahala iaitu penghargaan ALLAH kepada kita tetap menjadi milik. Dalam melakukan perkara apapun, nawaitu kena betul, ikhlas LILLAHITA'ALA. Dan atas niat suci itulah, kita tetap gembira walaupun tanpa penghargaan dari orang lain.

Menerusi kehidupan manusia, perasan tak?? Lahirnnya seorang bayi, kemampuan kita menggunakan "enjin" yang ada dalam kepala, keberanian kita dalam melantangkan suara dalam menyuarakan pendapat...adakah ini berbayar??? Anggota tubuh yang kita miliki, wajah yang cantik lagi ayu terserlah dengan tahi lalat. Ketenangan wajah seorang ibu bilamana melihat anaknya pulang dari perantauan dan kegembiraan kita bilamana rezeki melimpah ruah. Semua ini adalah kurniaan ALLAH swt.

Berkali-kali ALLAH sebutkan ini (maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah kamu dustakan??) dalam Surah Ar-Rahman.

Apa yang ingin dikongsikan di sini, semua perkara yang kita rasa percuma daripada ALLAH adalah berbayar sebenarnya. Dan tahulah apa akan mengazabmu jika xmembayar. Kita tidak punya bergunung-gunung emas, mahupun perak atau tembaga untuk membayar semua itu. Jikalau pun ada, semua ini hanya bernilai disisi makhlukNya tetapi bukan DIA. Jadi guna apa untuk bayar semua ini??

Surah adz-Dzariyat ayat 56  > Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Sesungguhnya, keagungan ALLAH meliputi langit, bumi dan segala-galanya. ALLAH tidak menciptakan kita selain untuk mengabdikan diri kepadaNYA semata-mata. Jagalah solatmu yang 5. Itulah antara "bayaran" yang perlu kita bayar sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH. "Yuran" yang ALLAH tetapkan hendaklah kita laksanakan. Dimana tanda terima kasih kita semasa kita mendapat penghargaan? Dengan berzikir dan memuji-muji ALLAH, juga antara tanda kita menghargai pemberian ALLAH yang percuma. Pada ALLAH jualah bakal kita kembali nanti, kenapa tidak kita langsaikan yuran dulu sebelum kembali padanya, agar tabung akhirat kita "cukup" untuk membeli tiket syurgaNya. Banyak lagi cara membayar yuran kepada ALLAH antara yang lainnya, jihad fisabilillah, membantu golongan yang memerlukan dan semua perkara berkaitan amal makruf nahi mungkar. Mudah kan bayar yuran pada ALLAH. Tidak perlu masuk 1 In A Million untuk dapatkan 1Juta bagi membayar yuran ALLAH. ^^

SubhanALLAH, tiadalah daya upayaku selain dari bantuanMU...

Wednesday, November 2, 2011

Ulasan Video - Tamadun Islam


Assalamualaikum wbt…
Semalam, tgok video yg aq download seharian…Tamadun Islam..
Mengulas dari vidyo yg aq tgok, bila memikirkan mngenai umat Islam d tanah Palestin. MasyaALLAH… Kanak2 dsana lebih advance mngenai pjuangan Islam. Mreka yg spatutnya bhadapan dgn buku, ilmu <sbgaimana aq masa kcik dulu> kini berhadapan dgn situasi yg amat menderitakan mereka, yg mbuatkan mreka punya semangat utk bjuang, lebih bsemangat dr kami yg mc baru belajar erti pjuangan dan smmgnya brada dlm medan pjuangan kini. Kata kak Qatrun, latihan askar2 dsana <Palestin> utk bhdpn dgn musuh, lebih dahsyat  berbanding askar2 Malaysia. My personal opinionlah kan, sbb askar2 d sana adalah jundulloh sbnr dan cara mereka hadapi musuh lebih advance sbb situasi perang yg mreka hadapi adalah benar2 situasi perang. Ya ALLAH, berilah kekuatan kpd para jundulloh. Tapi, mengapa dunia snyap?

Senyap sebab negara lain takut nak bantu, kerana kuasa besar Amerika bakal menyerang. Aku dapat bayangkan, apa akn jd pd negara Malaysia andai mambantu negara yg bperang dgn Amerika. Kak Qatrun ada crita dkt aq pasal OIC. Dalam pnubuhan tu, smua pemimpin Islam bersatu, tp bilamana sbuah negara Islam dserang, xda plak yg berani. Emhh…o,i c… Andai negara khilafah wujud, subhanALLAH. Dalam usaha masyarakat yg sedar, mmg sangat ramai yang simpan hasrat utk mwujudkan negara khilafah smula. Aq mau mengalami keadaan sbegitu. Nak Islam gemilang mcm dulu. Aq bangga dgn tokoh2 Islam. Islam memerintah 2/3 dunia hinggalah something bad happen. Pada 3 Mac 1924/ 26 Rejab 1342 H Mustafa Kamal Atartuk isytiharkan pembubaran Khilafah Islamiah dan Turki bertukar menjadi Sekular (memisahkan agama dari pemerintahan negara-negara Islam) akhirnya dijajah oleh barat dan dibahagi-bahagikan. MasyALLAH. Betapa kejamnya hal itu. Namun, sgala2nya takdir ALLAH. Maka nantikanlah kelahiran anak2 yg bakal mbawa kmenangan pd Islam.




2 matlamat pjuangan adalah, mati syahid atau mencapai kemenangan. Andai aku mati syahid, alhamdulillah. Aq bminat nak duduk d arash ALLAH bsama2 pjuang2 Islam terdahulu. Bsama  para nabi dan plg pnting, bsama kekasih ALLAH, Nabi Muhammad saw. Tapi orang macam aku ni, rasanya xlayak sangat2x. Pjuangan dlm Islam mmg bnyk ujiannya. Tu tanda ALLAH peduli ngan kita. Emhh…walau apapun dugaan yg diberikan, aq berharap sgt aq ttp berada dlm landasan pjuangan. Sbb, aq nak kejar mardhatillah, nak dpt kasih sayang dr Pencipta. Ya ALLAH, berikan aq kekuatan utk menghadapi cabaran yg bakal mendatang. Kuatkan hatiku, kuatkan semangatku, kuatkan zahir, batin dan rohaniku utk berhadapan dgn plbagai dugaan samada dugaan yg bahaya atau selamat.

InsyaALLAH, 27hb kami akan bgerak ke Kota Kinabalu atas urusan2 tertentu. Moga segalanya dilancarkan ALLAH..dan semua yg bakal kami hadapi akn mbuatkn jiwa kami terus kental dalam pjuangan..amin~

Labuan,TM58 11.17pm 25/10/2010

Perjalanan Hidup : Perkongsian

Assalamu'alaikum wbt..


Alhamdulillah. Dapat lagi menitip kata pada blog hari ni. Terlalu banyak perkara yang perlu disettlekan lagi. Sepanjang pandangan pada persekitaran hari ini, aku melihat anak-anak muda semakin seronok dengan pemakaian yang kononnya trendy. Kadang-kadang sedih, apakah usaha dakwah yang dilakukan tidak berkesan? Namun, berbalik dari itu, teringat pula bahawa ALLAH tidak menilai hasil. ALLAH menilai sejauh mana tahap kesungguhan hambaNYA dalam berusaha membawa risalah kebenaran.


                                               


Teringat kata-kata seorang senior, dalam melakukan gerakerja ada 4 quadran yang menjadi ukuran kesegeraan. Inilah antara teori Stephen Covey yang cuba aku fahami. Alhamdulillah, dah tahu bezakan mana satu kerja segera yang penting, kerja segera yang tak penting...kerja penting yang segera dan kerja penting yang tak segera. Boleh diaplikasi dalam merancang sesuatu.

Semalam, terdapat perkongsian mengenai John Locke, Rossieu dan Fahmi Reza. Bagi aku, ini perkongsian yang amat bermakna bagi mencapai hak asasi manusia dan keadilan pada semua. Begitu dalam kajian yang dibuat oleh mereka yang mahu kebenaran dibuktikan. Sebagaimana Malaysia ada Bapa Pemodenan, Tun Mahathir Mohamad, ada pula Bapa Sekularisme iaitu Kamal Alartuk, maka apa yang aku nak kongsi disini bahawa John Locke pula Bapa Liberalisasi.

Boleh kita belajar dengan orang sekular, tapi ambil ilmu sahaja. Mana yang bercanggah jangan campurlah. Ilmu itu luas, tetapi ambillah yang bermanfaat. Sebagaimana dalam kampus jugalah, banyak benda keduniaan yang menjadi pokok bicara pensyarah di awal pagi. Bagi yang muslim, sesungguhnya kita mempunyai pegangan kuat terhadapa agama, maka cukuplah dengan hanya mengutip ilmu. Analogi yang mahu dikongsikan agar dapat memahami lebih jelas adalah seperti mahu makan buah nangka. Namun hanya isi diambil, getah dan kulitnya dibuang.


Dakwah, medannya sangat luas walaupun untuk menyebut "dakwah" itu suatu yang sangat faham dan difahami. InsyaALLAH.
^^

Wednesday, October 5, 2011

AKU SUDAH JATUH CINTA....




Bersyukur kehadrat illahi. Setelah sekian lama aku leka dengan duniawi, akhirnya aku sedar dari lamunan ku yang telah melalaikan aku buat sekian lamanya. Tidak pernah ku rasa setenang ini seumur hidupku. Sebelum ini, masa yang ku berikan padaNya terlalu singkat.

Dulu, aku hanya menganggapNya seperti kawan biasa yang kebiasaaannya aku temui di masa-masa yang perlu sahaja. Tetapi hari ini, Dia telah membuka pintu hatiku untuk mengenaliNya lebih rapat, menghabiskan lebih masa bersamaNya. Sungguh aku tenang. Telah ku mohon padaNya agar diberi ruang untuk menjadi kekasihNya walaupun aku sedar aku sebenarnya tidak layak. Aku telah jatuh cinta. Hatiku kini telah dimiliki. Hanya Dia..

Akan ku berikan ayat-ayat cinta padaNya berupa ZIKIR
Akan ku kongsi kisah ku, impian ku, lara/gemibra ku denganNya melalui DOA
Akan ku khusyuk untukNya ketika SOLAT
Akan ku menyanyi untukNya berlirikkan ayat-ayat AL-QURAN

Hari ini, aku BENAR-BENAR jatuh cinta padaMU YA ALLAH..
Engkau Maha Agung..tetapkanlah cintaku ini hanya untuk MU....
Hanya padaMU... ^^

Tuesday, October 4, 2011

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Dalam mencari keredhaan Illahi, kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH. Apa yang ingin dikongsikan kepada pembaca, dalam sedar ataupun tidak dengan mudah kita memperoleh ganjaran daripada ALLAH, asal saja niat kita ikhlas melakukan kerana ALLAH. Segala perbuatan kita menjadi sia-sia apabila perkara rukunnya kita tinggalkan. Sebagai contoh, dalam mendapatkan suatu ganjaran yang berkat, kita hendaklah menunaikan segala suruhan ALLAH seperti yang ada pada Rukun Islam dan Rukun Iman. Di bawah ini adalah antara langkah ataupun tips untuk dikongsikan bersama agar kita sentiasa tahu apa yang perlu kita lakukan dalam mencapai keredhaan Illahi. InsyaALLAH, sama-samalah kita berusaha mengecapinya. Wallahu'alam~

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;


28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji dan mintalah maaf sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyak silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan yang tidak bermanfaat

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin dan yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk bersukan

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Berusaha untuk melupakan kesalahan orang dan melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.

99. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Monday, October 3, 2011

AKHLAK MUSLIM



"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda  menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)

Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :

1. Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2. Relakan kurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.