Saturday, January 19, 2013

D U G A A N


Setiap manusia tidak lari daripada dugaan yang pelbagai yang ditimpakan kepadanya oleh Rabbul Izzati. Perkara utama yang harus kita ketahui bahawa dalam kehidupan ini seyogianya perlu untuk memahami dan tahu bagaimana untuk berhadapan dengan permasalahan sama ada peribadi ataupun berkaitan dengan orang lain.

Dalam mengharungi duri kehidupan, kesabaran dan ketabahan merupakan elemen yang perlu diteguhkan. Hal ini kerana liku-liku hidup yang ALLAH turunkan pada setiap hambaNYA sangat berbeza. ALLAH MAHA BIJAK dalam menguji kesabaran hamba-hambaNYA. Bila ini yang sentiasa bermain dalam fikiran kita, percayalah bahawa hati kita serta merta ingat padaNYA dan sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir bahawa ALLAH sangat mempedulikan hambaNYA. Ujian yang ALLAH turunkan adalah sebagai tanda DIA peduli dan mahukan diri kita merapatiNYA.

Ingatlah, sesungguhnya dugaan itu datang silih berganti. Namun, berhadapan dengan dugaan itu terpulang kepada cara individu sama ada menerimanya sebagai suatu ujian, balasan mahupun tulah. Insan yang hebat berhadapan dengan dugaan merupakan insan yang sentiasa ingat pada DIA sama ada diduga dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Tidak dianggap beriman seorang hamba itu jika tidak ada ujian yang menimpanya.

p/s : Berusahalah untuk lulus setiap ujian yang ALLAH turunkan pada kita. In sha ALLAH, usaha tangga kejayaan. ^^V!@#$%^&*(jomlayan) Kehidupan, Raihan.

Jadilah begini, jika mahu begitu


Ya ALLAH, akukah orang ketiga itu..? Seolah-olah redha dengan takdir yang menyusun hidupnya, Syila rela melepaskan insan yang disayangnya selama hampir 5 tahun. Mungkin sukar, tapi dia harus melakukannya. Dia tidak mahu menjadi perosak kepada hubungan orang lain walaupun dia tahu bahawa dia perlu menyalahkan Hafiz dalam hal ini. Apasallah xbagitau, bisik Syila di hatinya. Dia sebenarnya terkejut dengan situasi yang dia hadapi. Mana taknya, Hafiz seolah-olah memberinya harapan untuk hidup bersama.

****
Papp..!! Novel yang dibaca, ditutup.. Ha...mesti mau tau apa erita seterusnya, kan? Hihi.. Mau baca sampai habislah, nak tau pengakhiran dengan cepatlaaa. Hahaa.. Cerita cinta ni, membuat kita lalai.. Teringat cerita2 dekat TV. Cerita-cerita yang hangat ditayangkan adalah cerita cinta, dan itu yang menjadi pilihan orang lain. Tidak kurang mak budak k, budak-budak k, terdedah dengan episod drama cinta. Macam-macam. Teringat masa sekolah dulu, kawan sekelas terbakar rumah. Berpunca daripada dapur.Mungkin ada mak budak atau budak-budak yang lupa keadaan nasi hangit dalam dapur, yang lupa dengan kek yang dibakar dalam oven. Tu diaa, penangan cerita Rosalinda, Telenovela yang hangat masa zaman sekolah menengah..hihii..

>> Ok, sekarang kita tukar mood.
Allah mengurniakan cinta dalam hati setiap manusia. Kenapa? Adakah rasa itu untuk manusia semata2? Oh, tidak. Cinta pada ALLAH, Rasul, ibu bapa, saudara mara, haiwan dan persekitaran. Rasa cinta kasih yang DIA berikan adalah untuk semua. Bagaimanalah keadaan manusia jika tanpa cinta ALLAH? Lalai dengan nikmat dunia semata2. Ada yang lupa bahawa segala nikmat yang diperoleh adalah daripadaNYA.Ada juga yang lupa, bahawa nikmat kekayaan adalah kurniaan ALLAH sehingga menyatakan harta yang diperolehnya adalah atas dasar usahanya sendiri, langsung tidak menyatakan rasa syukur. Cinta materialistik. Inilah antara akibat bila perasaan cinta pada ALLAH sudah hilang.

Bila kita lihat kes-kes gadis lari dari rumah, ada yang meletakkan kesalahan pada ibu bapa. Namun itu bukanlah alasan yang cukup munsabah. Ibu bapa adalah pendorong kepada anak-anak untuk tidak melakuan itu dan ini. Hal ini kerana, segala keputusan untuk melakukan itu dan ini, berkata ya atau tidak adalah daripada individu itu sendiri. Sebenarnya, individulah yang boleh membuat keputusan untuk dirinya. Cuma, bagaimana keputusan itu diputuskan adalah bergantung kepada pemikiran individu tersebut berdasarkan pengalaman hidup, pengisian daripada ceramah ataupun nasihat kawan-kawan dan lain-lain lagi faktor yang mempengaruhi keputusan.

Situasi??
Adakalanya, situasi yang kita berhadapan adalah teman yang bersikap dingin. Tapi bila jatuh cinta pada individu baru, mudah sejuk terhadap individu tersebut. Ermhh, macam-macam ragam manusia, kan? Mungkin kita pernah berdepan dengan situasi mengenai perubahan seseorang kerana orang yang disukai. Cinta, merupakan fitrah manusia. Bagaimanakah cinta itu boleh membawa seseorang individu untuk berada dekat kepada ALLAH? Seperti situasi tadi jugalah. Pandangan saya, itu bagus sebagai motivasi kepada individu tersebut. Semangat. Namun niat yang terutama dan harus diutamakan adalah, berubah kerana ingin dekat pada ALLAH. Dan harus diingat, perubahan yang harus dimulai setelah niat adalah menjaga solat, menjaga aurat dan sikap. Kitakan selalu mendengar, solat mencegah dari kemungkaran. Maka, solat itu harus dijaga. Cintailah perintah ALLAH, itu adalah yang terutama.

ALLAH mencipta manusia berpasang-pasangan. Itu tanda kekuasaan ALLAH dan kita sendiri tidak tahu siapakah bakal pasangan. Namun, jika inginkan insan dambaan yang boleh memimpinmu ke syurga, buatlah seperti mana yang ALLAH syariatkan. Percayalah pada firman ALLAH surah An-Nur ayat 26 secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. (Bolehlah mengambil tafsir dan mencari maknanya untuk lebih jelas). Yakinlah.  Jadilah begini andai mahu begitu. ^^V

p/s: Penuhilah hatimu dengan cahaya keimanan. Bentuklah dirimu mengikut acuan sebagaimana fitrahmu yang sebenar.

Wednesday, October 3, 2012

Selepas September, Oktober

September membawa beribu kenangan. Alhamdulillah, dalam bulan September jugalah aku dapat meraikan hari raya bersama keluargaku. Selang seminggu lepas tu, kena berangkat pulang ke Labuan, bumi  tercinta (aisehhh..!!). Pejam celik selepas 2 minggu berada dalam kampus, PRK plak memanaskan bumi UMSKAL. Haaa, aura oren tiba masa tu. Semangat ko jo..!! Walaupun hanya 1 calon yang kami “kirim” berjaya menjadi pilihan hati kampus, namun kami tetap bersyukur. Semoga dia dapat menjayakan segala manifestonya sepanjang berada dalam kepimpinan MPP. Dengan keadaan oren yang membahang, terdapat juga isu yang menjadi bualan ramai. Ermhh, xpa. Itu normal dalam kamus hidup kampus yang tidak akan pernah lari dengan politikampus. Aku akui, semua kampus juga macam tu. 

Hampir seminggu selepas PRK, Malaysia panas pulak dengan bajet 2013 yang aku perhatikan sebagai bajet melampau2x. Terlalu baik pulak PM kita ni. Bukan tidak bersyukur dengan bajet yang ditentukan, tapi hairan sedikit. Sebab apa?? Mari lihat ni (link bajet 2013).

Ulasan daripada itu, pelbagai pandangan aku baca. Bajet 2013 umpama “gula-gula” Chupa Chupps. Ada juga yang berfikiran bahawa ada motif disebalik “gula-gula” tersebut. Aku selaku mahasiswa juga xlari dari memperoleh sesuatu yang “manis”.  Baucer RM250 diteruskan. Maka, ramailah yang merasa sangat beruntung (untungla~). Bagi anak muda yang berusia 21 tahun ke atas dan bujang pula dapat BR1M bernilai RM250. Untung juga bagi yang masih bujang. Bila menitikberatkan soal bajet 2013, ada juga benda yang xpenting terlalu dititikberatkan oleh kerajaan, contohnya diskaun RM200 untuk pembelian smartphone. Ishk3x~ Bukankah itu hanya kehendak berbanding kenaikan gula yang menjadi keperluan? Harga gula naik 20sen. Better bagi subsidi pada gula berbanding pemberian diskaun RM200 utk pembelian smartphone.


             Di kampus pula, sebelum pembentangan bajet 2013, kami dah dapat Kad Diskaun Siswa. Alhamdulillah. Cuma apa yang xseronok adalah, kedai2x yang menerima KDS tersebut banyak di area Semenanjung Malaysia. Habis tu, aku yang nak shopping kat Sabah ni hanya dapat diskaun kat KFC dgn Kedai Kasut Bata jak? It’s not fair laaaa~~~ Kami orang2 Borneo (Sabah Sarawak) ni anak tiri Malaysia ke?? Sob3x.. True..!! Luahan anak Sabah.

Tuesday, June 12, 2012

Hidup Ini Satu Pilihan

Dulu2x, masa kat sekolah cikgu ada tanya : Besar nanti mau jadi apa? Maka berbagai2x jawapanlah yang terbit dari bibir murid2x yang punya semangat besar untuk menjadi individu seperti yang diimpikan. Peguam, cikgu. Salah satu cita-cita pilihan beberapa orang murid. termasuk aku. Namun, bila dah dewasa baru tahu kerja peguam ni bukanlah suatu yang mudah (hohoooo). Kena menganalisa kes dengan penuh penelitian, banyak membaca, tahu selok belok undang-undang dan harus betul3x mengerti keadaan dan situasi kes selain daripada petah berbicara.

Masuk tingkatan 6, nak pindah sekolah lainlah. Sekolah terkini ada Sejarah. Aku benci Sejarah. Kadangkala hati berbisik, camanalah mau jadi peguam kalau hal berkenaan Sejarah pun malas nak ambiltahu. (hahahahhaa, sekarang dapat tahu Sejarah pun banyak tipu maaa..) :P
Dan akhirnya, pasrah. Peguam bukan lagi menjadi pilihan memandangkan bakat dalam berdebat hanyalah average level saja. Tambah lagi dengan minat yang kurang pada kajian Sejarah. Xlayak jadi peguam ni. Hihi..


***
Di universiti, pelbagai benda dipelajari. Dulu2x, memikirkan bahawa hidup ni lepas belajar kena kerja. Stepnya beginilah ::  Lahir > Sekolah > Kerja > Berkeluarga > Hidup Mewah > Mati (Macam ini jalah) : Begini jak?? (Persoalan ni timbul selepas faham) Ermhhh, sampailah satu hari aku dapat pengisian daripada usrah. Kalau kita nak jalan, kita kena tahu di mana kita mahu pergi. Salah satu penyataan yang buat aku berfikir dan sedikit gelak, benda tu semua orang tahu kak. Yalah,memang pun. Kena tetapkan destinasi tujuan sebelum naik kenderaan. Masa tu kurang faham lagi. hihiii..

Dalam kitar hidup sebagai seorang manusia, ada 5 alam yang kita perlu hadapi.
1. Alam Roh
2. Alam Rahim
3. Alam Fana (Dunia)
4. Alam Barzakh (Kubur)
5. Alam Akhirat (Ada pilihan, : Syurga atau Neraka)

Dalam hidup ini, kita bukan sekadar menyusun langkah untuk melengkapkan kitaran hidup. Tetapi sebenarnya, ada matlamat yang harus dikejar. Kita perlu juga memberi kefahaman pada yang lain untuk tahu matlamat hidup sebagai orang muslim. Dengan kata yang mudah, matlamat untuk menuju ke Syurga jika ianya menjadi pilihan maka kenalah berdakwah (buat amar makruf, nahi mungkar). Dan perkara itulah yang menjadi pilihan mereka2x yang makin mengerti matlamat hidup sebenar.

Dakwah itu luas dik. Terngiang2x kata2 seorang kakak. Yupp, aku mengerti. Dakwah itu mediumnya sangat besar. Dari ucapan, pakaian, pergaulan. Bagi yang malu2x bercakap tu, ada yang berdakwah dari Facebook, Blog, video osem dan lain-lain cara. Nah, dalam mencapai matlamat hidup sebenar juga caranya banyak. ;)

Apa yang boleh diperkatakan, benar hidup ini satu pilihan. Macam set on cita-cita jugaklah. Hidup susah atau senang pun semua dari usaha diri sendiri. Memilih untuk hidup senang di dunia atau memilih jalan dakwah yang sulit sekali. Itu juga satu pilihan. Jika benar sayangkan syurga, kenapa takut bersusah-susah untuk medapatkannya. SubhanALLAH. Itu juga kata2x seorang kakak. Ermhh, apa yang termampu lakukan saja. Jangan pernah lari dari perjuangan.

Allah berfirman :
1) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU. Adz-Zariyat:56
2) Dan orang2x yg beriman, lelaki mahupun perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf da mencegah yang mungkar. Melaksanakan solat, menunaikan zakat dan ta'at kepada Allah dan Rasulnya. At-Taubah:71

Hadapi yang bitter2x dulu sebelum yang sweet2x..hihii..
Life is about option, what u wanna to catch up on ur life for hereafter.
Bad or Good thing always on ur hand to press what u want.


Monday, June 11, 2012

Ingatlah orang yang tersayang

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Na (sebenar Salina) lembut sambil membetulkan pakaian Iwan. Iwan tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Iwan mencubit pipi Na lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Lisa dan Afiq meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Na hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Iwan berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke P.Puteh mengambil masa lebih kurang 8 jam. Lisa dan Afiq dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Na. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Iwan berkata dalam hati.
 Sedikit demi sedikit Iwan menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Iwan semakin seronok. Iwan dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Iwan cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Iwan masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Na terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Na takut." Na cuba memujuk Iwan supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Na ?tak ada apa-apa," Iwan terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?kan?" kata Iwan setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Iwan terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Iwan terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Iwan....bangun Wan," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Iwan membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Na mak? Macammana dengan Na mak? Lisa, Afiq....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Iwan menyoal emaknya. Iwan tak dapat menahan kesedihannya lagi. Iwan menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Iwan tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Iwan mak, Na?" Iwan masih terus menangis.

PAPP!!

Kepala botak Iwan itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Iwan terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

Dan Iwan tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Hati dah tumbuh bunga2x cinta, tiba2x tumbuh keladi.. hahahahahaaa...
MasyaALLAH, pengajarannya jangan tidur lepas Asar. Peringatan bersama.. hihiiiikkk..

Thursday, June 7, 2012

Cinta : Jadilah Begitu, Andai Mahu yang Itu...

Ya ALLAH, akukah orang ketiga itu..? Seolah-olah redha dengan takdir yang menyusun hidupnya, Syila rela melepaskan insan yang disayangnya selama hampir 5 tahun. Mungkin sukar, tapi dia harus melakukannya. Dia tidak mahu menjadi perosak kepada hubungan orang lain walaupun dia tahu bahawa dia perlu menyalahkan Hafiz dalam hal ini. Apasallah xbagitau, bisik Syila di hatinya. Dia sebenarnya terkejut dengan situasi yang dia hadapi. Mana taknya, Hafiz seolah-olah memberinya harapan untuk hidup bersama.

****
Papp..!! Novel yang dibaca, ditutup.. Ha...mesti mau tau apa erita seterusnya, kan? Hihi.. Mau baca sampai habislah, nak tau pengakhiran dengan cepatlaaa. Hahaa.. Cerita cinta ni, membuat kita lalai.. Teringat cerita2 dekat TV. Cerita-cerita yang hangat ditayangkan adalah cerita cinta, dan itu yang menjadi pilihan orang ramai. Tidak kurang mak budak k, budak-budak k, semua terdedah dengan episod drama cinta. Macam-macam. Teringat masa sekolah dulu, kawan sekelas terbakar rumah. Berpunca daripada dapur.Mungkin ada mak budak atau budak-budak yang lupa keadaan nasi hangit dalam dapur, yang lupa dengan kek yang dibakar dalam oven. Tu diaa, penangan cerita Rosalinda, Telenovela yang hangat masa zaman sekolah menengah..hihii..


>> Ok, sekarang kita tukar mood.
Allah mengurniakan cinta dalam hati setiap manusia. Kenapa? Adakah rasa itu untuk manusia semata2? Oh, tidak. Cinta pada ALLAH, Rasul, ibu bapa, saudara mara, haiwan dan persekitaran. Rasa cinta kasih yang DIA berikan adalah untuk semua. Bagaimanalah keadaan manusia jika tanpa cinta ALLAH? Lalai dengan nikmat dunia semata2. Ada yang lupa bahawa segala nikmat yang diperoleh adalah daripadaNYA. Ada juga yang lupa, bahawa nikmat kekayaan adalah kurniaan ALLAH sehingga menyatakan harta yang diperolehnya adalah atas dasar usahanya sendiri, langsung tidak menyatakan rasa syukur. Cinta materialistik. Inilah antara akibat bila perasaan cinta pada ALLAH sudah hilang.

Bila kita lihat kes-kes gadis lari dari rumah, ada yang meletakkan kesalahan pada ibu bapa. Namun itu bukanlah alasan yang cukup munasabah. Ibu bapa adalah pendorong kepada anak-anak untuk tidak melakuan itu dan ini. Hal ini kerana, segala keputusan untuk melakukan itu dan ini, berkata ya atau tidak adalah daripada individu itu sendiri. Sebenarnya, individulah yang boleh membuat keputusan untuk dirinya. Cuma, bagaimana keputusan itu diputuskan adalah bergantung kepada pemikiran individu tersebut berdasarkan pengalaman hidup, pengisian daripada ceramah ataupun nasihat kawan-kawan dan lain-lain lagi faktor yang mempengaruhi keputusan.

Tukar channel pada pengalaman : Situasi berkaitan hal cinta.
Adakalanya, situasi yang kita berhadapan adalah teman yang bersikap dingin. Tapi bila jatuh cinta pada individu baru, mudah sejuk terhadap individu tersebut. Ermhh, macam-macam ragam manusia, kan? Mungkin kita pernah berdepan dengan situasi mengenai perubahan seseorang kerana orang yang disukai. Cinta, merupakan fitrah manusia. Bagaimanakah cinta itu boleh membawa seseorang individu untuk berada dekat kepada ALLAH? Seperti situasi tadi jugalah. Pandangan saya, itu bagus sebagai motivasi kepada individu tersebut. Semangat. Namun niat yang terutama dan harus diutamakan adalah, berubah kerana ingin dekat pada ALLAH. Dan harus diingat, perubahan yang harus dimulai setelah niat adalah menjaga solat, menjaga aurat dan sikap. Kitakan selalu mendengar, solat mencegah dari kemungkaran. Maka, solat itu harus dijaga. Cintailah perintah ALLAH, itu adalah yang terutama.

Kebenarannya :
ALLAH mencipta manusia berpasang-pasangan. Itu tanda kekuasaan ALLAH dan kita sendiri tidak tahu siapakah bakal pasangan. Namun, jika inginkan insan dambaan yang boleh memimpinmu ke syurga, buatlah seperti mana yang ALLAH syariatkan. Percayalah pada firman ALLAH surah An-Nur ayat 26 secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. (Bolehlah mengambil tafsir dan mencari maknanya untuk lebih jelas).
Yakinlah.  Jadilah begitu andai mahu yang itu.. ^^V

p/s: Penuhilah hatimu dengan cahaya keimanan. Bentuklah dirimu mengikut acuan sebagaimana fitrahmu yang sebenar.