Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, tp aku percaya susu blh beli baru...
Sunday, January 15, 2012
Monday, January 9, 2012
Anwar Bebas...!!
Dengan kesibukan aku meniti hari-hari peperiksaan, seorang sahabat memberi sms kepadaku, menyatakan Anwar bebas, TAKBIR..!! (ALLAHUAKHBAR...)
Alhamdulillah, berita yang sememangnya yang dinantikan oleh mereka yang setia memberi sokongan pada beliau. Beliau sememangnya antara pemimpin yang aku kagumi. Rasa nak tumpah air mata tengok video ini...
Semoga beliau diberkati selalu. Dah terlalu ramai yang mahukan beliau menjadi Perdana Menteri ke-7.
Aku berharap sangat Malaysia menjadi sebuah negara yang mengamalkan keadilan dan menghanguskan segala rasuah yang bermaharajalela. Biarlah tiada lagi ketidakadilan berlaku, Apa yang aku inginkan sekarang, kemungkaran harus dicegah, kebaikan harus diamalkan.
Syukur Tuhanku. Sungguh, aku tahu Engkau akan memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar. Alhamdulillah.

Tuesday, January 3, 2012
Amalina Che Bakri mohonlah HIDAYAH ALLAH
Terkejut bilamana meround2 di ruangan maya. Ermh, blh cari sendiri link yang cerita tentang beliau. Disini, saya bukanlah mahu menghina ataupun menyatakan kebencian pada beliau. Walaupun pada mulanya, saya terkejut dan xsuka dengan perubahan dia. Dia shock culture tu. Namun, sebagai orang muslim seeloknya kita memberikan nasihat yang berganda2 agar dia sedar dan mahu berubah kembali. Kita tidak boleh menyalahkan individu itu semata2. Nasihat tu yang perlu. Kita tidak tahu apa yang berlaku pada mereka di luar sana yang menyebabkan mereka berubah sedemikian rupa.
Penghinaan yang melampau-lampau menggambarkan kita hanya melihat perkara ini secara luaran semata-mata. Untuk peringatan diri sendiri, saya takut sebenarnya bilamana ALLAH akan tarik nikmat tudung yang saya ada, nikmat iman (walaupun masih tipis dan perlu ditebalkan) dan taqwa (perlu ditambah seinfiniti) yang ada pada diri saya. Sewajarnya, penghinaan tidaklah perlu dilakukan kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita akan datang. Mungkin sekarang kita pakai tudung labuh dan akan datang bagaimana pula? Begitu juga dengan lelaki, ibadah sebenar-benar ibadah sekarang. Kita tetap tidak tahu bagaimana keadaan fizikal dan mental kita 2, 3 tahun akan datang.
Ingat, hidayah itu milik ALLAH. DIAlah yang berhak mendekatkan hidayah dan juga menarik hidayah. DIA juga tidak akan mengubah nasib suatu hamba melainkan hamba itu berusaha sendiri. Sama2lah istiqamah dan memperbaiki diri. InsyaALLAH..
Sunday, January 1, 2012
Kisah Mahasiswa Diserang Polis Di Tahun Baru
'Tolong update d wall aq, bagitau, seorang mahasiswa pengsan dan sorang lagi cedera di serang polis guna cota'. Panggilan ini ku terima daripada sahabat lamaku yang belajar di UPSI. Ramai student yang ditangkap. Dalam membuat pengiraan akaun utk ulangkaji, ada lagi sahabat prihatin yang mesej memberitahu bahwa dia kesian pada mahasiswa yg jadi mangsa polis. Klik sini untuk lihat mangsa kekejaman polis.
Fuh~ bila baca entri dari blog Minda Tajdid mengenai pendapat Dr.MAZA, benarlah kata beliau. Bagi saya, polis tu tugasnya sangat mulia, namun apabila membuat suatu tugasan ada ketikanya mereka bongkak dan sesuka hati mencederakan orang. Hal inilah menjadi antara penyebab kebencian rakyat pada pihak berkuasa seperti polis. Paling menyedihkan, sahabat mahasiswa diserang bersenjata sedangkan mahasiswa tidak menggunakan sebarang senjata. Terdapat juga mahasiswa yang ditahan untuk disiasat.
Rasanya, tahun ini adalah tahun kebangkitan. Akhir-akhir ini kita sering menerima berita-berita mengenai kebangkitan. Malaysia perlukan perubahan. Malaysia perlukan pemimpin yang tidak zalim. Malaysia memerlukan pemimpin adil dan saksama, tidak menggunakan harta rakyat untuk kepentingan peribadi. Saya percaya, tindakan mahasiswa melakukan semua itu adalah berasas. Masakan mereka mahu buat sesuatu tindakan tanpa sebab munasabah. Mahasiswa kini celik dengan isu2 kepimpinan. Mereka tahu mana satu pihak yang harus dipilih sbg pemimpin. Namun begitu, ada pula front2 yg cuba menghalang gerakan mahasiswa ini utk bangkit. Semoga ALLAH sentiasa memberi semangat kepada para pejuang kebenaran.
Mesti ada yang berfikir, mengapa hal ini berlaku? Sebab, mahasiswa makin tahu dan bijak mengenal kebenaran. Jadi jangan hairanlah kalau terjumpa blog2 yang memaki pemimpin. Hal ini kerana, empunya blog belajar daripada sikap segelintir mereka yang suka mengancam dengan makian, ludahan (imbuhan xsesuai, hahaa), pornoan dan lain-lain. MasyaALLAH.
Mahasiswa Bangkit, Pemangkin Perubahan Kepimpinan Negara...

Cerita Tahun Baru 2012
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Tahun Baru...
Alhamdulillah, sampai kita ke tahun baru di bawah kiraan Gregorian ciptaan Pope. Kalau nak tahu lanjut, klik sini ya... Ingat tak, filem Barat 2012? Huuuhh~ Sebenarnya, bilamana menjelang tahun 2012 ni, makin takut akan berhadapan dengan pelbagai lagi cubaan yang berat yang tak tertanggung daripada ALLAH. Takut melihat anak bangsa dibuai2 kelalaian. Moga ALLAH sentiasa beri kita kekuatan. Mengulas daripada filem 2012, suatu perkara yang baik bila kita memandangnya dari sudut positif. Tapi bagi aq, kesan tiada apapun.Tiada yang menginsafkan sebab kadar gejala sosial makin meningkat. Ada perkaitan juga kan???
Dalam tahun ini juga, sepertimana tahun-tahun yang lalu, semakin hebat cabaran yang bakal kita hadapi. Terfikir sejenak, apa jadi pada Palestin? Apa jadi pada saudara seagama kita di sana? Aq mula rasa pilu. Ya ALLAH, Maha Suci Engkau kerana menjatuhkan rasa pilu pada hambamu ini. Bukan d Palestin saja, Somalia, Afrika dan Malaysia juga. Apa jadi pada saudara mara kita pada masa kini nanti? Hal ini bukan di tahun baru saja difikirkan, tapi bilamana teringat, maka adalah bayangan jenazah kanak2 (Palestin), pelarian (Somalia), kanak2 kurang zat (Afrika) dan pembuangan bayi/pengguguran (Malaysia). Nampak kan bezanya? Kalau tak nampak, cuba telitikan. Apa jadi pada saudara kita yang dekat-dekat ni? I mean, Malaysia lahh...
Kampusku begitu riuh menjelang 12.00 tadi. Jeritan "Happy New Year" kedengaran. Ini dalam kampus. Bila terfikir di rumah, mesti adik2 n kakak tgh bz2 buat BBQ dan aq d kampus..hahaa.. Berbalik pada cerita sebenar (sebelum lari topik), persoalan yang bermain di fikiranku, adakah kes gejala sosial nanti akan menurun kadarnya? Aku sangat berharap, Malaysia bersih dari pembuangan dan pengguguran bayi. Tapi bagaimanakah?
Terbaca status senior, satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, seolah2 kurang berstrategi dan takut menjalankan suatu gerakan dalam membanteras gejala sosial. Adakah ini salah satu penyebab kepada penyumbang kadar sosial? Tepuk dada tanya iman ya. Jika benarlah, tiada guna bernaung di bawah satu nama "ISLAM" tetapi perlaksanaan ke arah perundangan ISLAM tidak dilaksanakan sebaiknya. Tanya hati dan tanya diri. Minda mampu mengatakan segala2nya menurut pandangan nuranimu, namun iman tidak bisa membidas apa sahaja yang ALLAH perintahkan. Sebab tu kita kena kuatkan iman, bukan menurut pada kata hati semata.
Sekadar perkongsian. Wallahu'alam~

Wednesday, December 28, 2011
Perkongsian >> Ilmu sebelum berumahtangga...
Alhamdulillah, hari ni dapat pengalaman baru.. Dalam suatu perhubungan dan ikatan suami isteri, bukan hanya persefahaman yg diperlukan, tetapi juga tolak ansur dan saling bekerjasama. Umpama puzzlelah boleh dikatakan. Hidup harus saling melengkapi. Nak tahu x, mengapa ALLAH swt ciptakan wanita dgn sifat2 yg lembut?? Sebab pasangan pada kelembutan adalah kekerasan. Opsstt~ bukan mau kata lelaki ni bersifat kekerasan, tetapi berbanding wanita, lelaki mempunyai sikap yang agak tidak lembut. Kalau lembut tu, lain dah jadinya..hehhee..
Dan, ustaz ada kata klu nak cari suami, cari yang soleh..bukan suami solehah..hahhaa...
Dalam prosedur perkahwinan, perlu juga ada akuan bujang. Yang ni buat aq gelak...hahahaa.. "Sumpah..!! Saya masih bujang..." macam tulah gurauan seseorang... hehehe...macam-macam ragam manusia.. :)
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya[/color]
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Sungguh bermakna bait2 kata daripada lagu Far-East ni. Ermhh, perkongsian mengenai perkahwinan (walaupun saya xkawen lagi) ustaz ada kata, seseorang yang sesuai untuk dijadikan psanagan hidup semestinya orang-orang yang soleh, yang memahami erti tanggungjawab sebenar. Namun, yang sedihnya masyarakat pada masa kini hanya memenuhi tuntutan fitrah sahaja, tuntutan tanggungjawab terabai.
Masih ada kesempatan untuk kita memperbaiki diri menjadi insan yang soleh/solehah sebelum bertamu di hati seseorang insan istimewa. Allah akan bantu, sesiapa sahaja yang mahu berubah, insyALLAH. Dan, anda selaku orang yang memahami, kenalah sampaikan pada mereka-mereka yang xfaham. Bukan nak berlagak pandai, tetapi untuk menunjukkan bagaimana keindahan sesebuah perhubungan yang berlandaskan Islam... (^^)v
Wednesday, December 21, 2011
Tanda Kasih SayangMU...
Aku berlindung padaMU dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMU dari kelemahan dan kemalasan,
Dan aku berlindung padaMU dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMU dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Ya ALLAH, semoga hati-hati yang mahu menegakkan kebenaran tidak lemah berhadapan dengan musuh. Sungguh, engkau mendengar segala bisikan daripada hambaMU yg hina ini...
Mengertilah hati ini bahawa Engkau mempedulikan kami dan menjatuhkan ujian agar kami lebih dekat padaMU.
Kekuatan seseorang bukan dilihat pada keberanian berhadapan dengan musuh semata-mata, tetapi keberanian untuk mengakui khilaf, memohon kemaafan dan tunduk sujud pada ALLAH juga menitiskan airmata atas kesilapan. Semoga hati ini terus tabah. Amin~
Subscribe to:
Comments (Atom)