Alhamdulillah, hari ni dapat pengalaman baru.. Dalam suatu perhubungan dan ikatan suami isteri, bukan hanya persefahaman yg diperlukan, tetapi juga tolak ansur dan saling bekerjasama. Umpama puzzlelah boleh dikatakan. Hidup harus saling melengkapi. Nak tahu x, mengapa ALLAH swt ciptakan wanita dgn sifat2 yg lembut?? Sebab pasangan pada kelembutan adalah kekerasan. Opsstt~ bukan mau kata lelaki ni bersifat kekerasan, tetapi berbanding wanita, lelaki mempunyai sikap yang agak tidak lembut. Kalau lembut tu, lain dah jadinya..hehhee..
Dan, ustaz ada kata klu nak cari suami, cari yang soleh..bukan suami solehah..hahhaa...
Dalam prosedur perkahwinan, perlu juga ada akuan bujang. Yang ni buat aq gelak...hahahaa.. "Sumpah..!! Saya masih bujang..." macam tulah gurauan seseorang... hehehe...macam-macam ragam manusia.. :)
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya[/color]
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Sungguh bermakna bait2 kata daripada lagu Far-East ni. Ermhh, perkongsian mengenai perkahwinan (walaupun saya xkawen lagi) ustaz ada kata, seseorang yang sesuai untuk dijadikan psanagan hidup semestinya orang-orang yang soleh, yang memahami erti tanggungjawab sebenar. Namun, yang sedihnya masyarakat pada masa kini hanya memenuhi tuntutan fitrah sahaja, tuntutan tanggungjawab terabai.
Masih ada kesempatan untuk kita memperbaiki diri menjadi insan yang soleh/solehah sebelum bertamu di hati seseorang insan istimewa. Allah akan bantu, sesiapa sahaja yang mahu berubah, insyALLAH. Dan, anda selaku orang yang memahami, kenalah sampaikan pada mereka-mereka yang xfaham. Bukan nak berlagak pandai, tetapi untuk menunjukkan bagaimana keindahan sesebuah perhubungan yang berlandaskan Islam... (^^)v





