Kisah 1 : disangka hilang, rupanya....
Kisah 2 : MissRatuQueen
Firman ALLAH swt dalam Surah Ar-Ra'ad ayat 11 :
Baginya (manusia) ada malaikat2 yg slalu mjaganya bergiliran dari depan, belakang. Mereka mjaganya dgn perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH xakan mengubah suatu keadaan kaum sebelum mereka mngubah keadaan mreka sndiri. Dan bila ALLAH khndaki yg buruk pd kaum itu, maka xada yg dpt mnolaknya & xda pelindung bg mreka slain DIA..
Melalui ayat ini, ALLAH swt memperlihatkan pada kita, suatu perkara itu boleh diubah dengan usaha hambaNYA. Bermaksud kita ada peluang dalam menentukan jalan manakah yang perlu kita pilih, samada jalan menuju kepada kebahagiaan abadi atau keseksaan yang abadi. ALLAH swt sentiasa memberi peluang kepada kita hamba-hambanya untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepadaNYA. Sesungguhnya, kita selaku manusia yang mempunyai akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Dalam menuntut hak asasi kemanusiaan, saya mengambil tahu 1 teori daripada John Locke iaitu teori alam (natural law). Menerusi teori ini, jelas menyatakan tiada dasar untuk LGSTB (rujuk Seksualiti Merdeka). Walaupun ada yang menyatakan ini berkenaan tuntutan hak asasi, tetap juga tiada yang mengiktiraf gejala songsang sebegini.
Saya tidak dapat membayangkan, apa yang dirasakan oleh ibu bapa mereka. Berkenaan kisah 1, iaitu kes Alfian Ariff. Saya percaya, ibu bapa mendidiknya hingga dia berjaya. Melalui pembacaan saya, ibu bapa mencarinya selama tiga tahun kerana tidak mendengar sebarang khabar berita. Ini menunjukkan ibu bapa peduli pada anaknya. Kasih sayang ibu bapa hingga ke syurga. Saya berpendapat bahawa, anak ini yang memilih jalannya sendiri. Sukarnnya membayangkan, apakah penerimaan keluarga kepada pelajar ini. Semoga ibu bapa keluarga ini tabah hadapi segalanya.
Manakala, kes Miss Malaysia Laknatullah itu mengejutkan saya bila ada yang menyatakan mereka dapat support daripada keluarga dan suami tercinta... (???) MasyaALLAH.. kita tidak dapat menyangkal, bahawa ibu bapalah yang membentuk anak-anak menjadi insan yang baik. Dalam kes ini pula, menampakkan juga bahawa terdapat ibu bapa yang seolah-olah tidak peduli dengan gaya hidup anak mereka. Apakah mereka tidak fikir, bahawa bagaimana mahu menjawab pertanyaan ALLAH swt di 'sana' nanti? Ini pun jalan yang mereka pilih juga.
>> Dan paling mengejutkan, benda ni dibuat dalam Malaysia yang menjadikan Islam agama rasmi.. Alamakk..!!! Bagaimana pula boleh dianjurkan aktiviti sebegini?? Pondan diiktiraf. Mereka bangga pula dengan apa yang mereka peroleh. Dan saya sungguh terkilan juga bilamana ada artis dalam rakaman video ini (lihat pada cerita 2).
Bagaimana mungkin negara Islam mahu mengurangkan kadar sosial bilamana panduan daripada Qur'an dan Sunnah tidak digunakan sebetulnya? Pemimpin perlu memainkan peranan dalam merombak undang-undang sekaligus membentuk keperibadian rakyatnya. Usaha-usaha keras, perlu dilakukan. Mahukah kita anak-anak kita nanti begini? MasyaALLAH... Moga kita terhindar daripada perkara yang tidak sepatutnya...
Kesukaran masyarakat menyatakan isi hati bilamana melihat anak muda Malaysia menjadi sebegini seakan tidak mampu untuk diperkatakan lagi. Malaysia mengaku negara Islam, namun didikan sekular yang menular dalam jiwa anak muda-anak muda ini menjadikan generasi akan datang terikut-ikut akhirnya menyumbang kepada permasalahan sosial yang sangat tinggi.
Cuba kita fikir secara logiklah kan, apa pengakhiran bagi insan-insan sebegini?? Tapi, jika kita fikir dengan kehebatan ALLAH Yang Maha Berkuasa, tidak mustahil sekejap mata mereka boleh saja berubah menjadi yang terbaik. Sungguh, ALLAH MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH, MAHA PENERIMA TAUBAT, MAHA BERKASIH SAYANG. Bertaubatlah~



No comments:
Post a Comment