"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Na (sebenar Salina) lembut
sambil membetulkan pakaian Iwan. Iwan tersenyum memandang
isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Iwan mencubit pipi Na lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Lisa dan Afiq meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah,
yelah, ayah dah siap ni." Na hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama
kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti
panjang." Iwan berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan
daripada KL ke P.Puteh mengambil masa lebih kurang 8 jam. Lisa dan Afiq
dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Na.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Iwan berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Iwan menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Iwan semakin seronok. Iwan dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut.Iwan cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Iwan masa tu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa
bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Na terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la
sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang,
sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Na takut." Na
cuba memujuk Iwan supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Na ?tak
ada apa-apa," Iwan terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?kan?" kata Iwan setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi
bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Iwan terus masuk gear
3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Iwan terus
membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah
lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Iwan....bangun
Wan," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Iwan membuka matanya. Dia
terlihat emaknya di situ. "Mana Na mak? Macammana dengan Na mak? Lisa,
Afiq....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Iwan menyoal emaknya.
Iwan tak dapat menahan kesedihannya lagi. Iwan menangis semahu-mahunya
di depan emaknya.
Emaknya memandang Iwan tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Iwan mak, Na?" Iwan masih terus menangis.
PAPP!!
Kepala botak Iwan itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Iwan
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya
isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar....
Dan Iwan tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Hati dah tumbuh bunga2x cinta, tiba2x tumbuh keladi.. hahahahahaaa...
MasyaALLAH, pengajarannya jangan tidur lepas Asar. Peringatan bersama.. hihiiiikkk..
No comments:
Post a Comment