Dulu2x, masa kat sekolah cikgu ada tanya : Besar nanti mau jadi apa? Maka berbagai2x jawapanlah yang terbit dari bibir murid2x yang punya semangat besar untuk menjadi individu seperti yang diimpikan. Peguam, cikgu. Salah satu cita-cita pilihan beberapa orang murid. termasuk aku. Namun, bila dah dewasa baru tahu kerja peguam ni bukanlah suatu yang mudah (hohoooo). Kena menganalisa kes dengan penuh penelitian, banyak membaca, tahu selok belok undang-undang dan harus betul3x mengerti keadaan dan situasi kes selain daripada petah berbicara.
Masuk tingkatan 6, nak pindah sekolah lainlah. Sekolah terkini ada Sejarah. Aku benci Sejarah. Kadangkala hati berbisik, camanalah mau jadi peguam kalau hal berkenaan Sejarah pun malas nak ambiltahu. (hahahahhaa, sekarang dapat tahu Sejarah pun banyak tipu maaa..) :P
Dan akhirnya, pasrah. Peguam bukan lagi menjadi pilihan memandangkan bakat dalam berdebat hanyalah average level saja. Tambah lagi dengan minat yang kurang pada kajian Sejarah. Xlayak jadi peguam ni. Hihi..
***
Di universiti, pelbagai benda dipelajari. Dulu2x, memikirkan bahawa hidup ni lepas belajar kena kerja. Stepnya beginilah :: Lahir > Sekolah > Kerja > Berkeluarga > Hidup Mewah > Mati (Macam ini jalah) : Begini jak?? (Persoalan ni timbul selepas faham) Ermhhh, sampailah satu hari aku dapat pengisian daripada usrah. Kalau kita nak jalan, kita kena tahu di mana kita mahu pergi. Salah satu penyataan yang buat aku berfikir dan sedikit gelak, benda tu semua orang tahu kak. Yalah,memang pun. Kena tetapkan destinasi tujuan sebelum naik kenderaan. Masa tu kurang faham lagi. hihiii..
Dalam kitar hidup sebagai seorang manusia, ada 5 alam yang kita perlu hadapi.
1. Alam Roh
2. Alam Rahim
3. Alam Fana (Dunia)
4. Alam Barzakh (Kubur)
5. Alam Akhirat (Ada pilihan, : Syurga atau Neraka)
Dalam hidup ini, kita bukan sekadar menyusun langkah untuk melengkapkan kitaran hidup. Tetapi sebenarnya, ada matlamat yang harus dikejar. Kita perlu juga memberi kefahaman pada yang lain untuk tahu matlamat hidup sebagai orang muslim. Dengan kata yang mudah, matlamat untuk menuju ke Syurga jika ianya menjadi pilihan maka kenalah berdakwah (buat amar makruf, nahi mungkar). Dan perkara itulah yang menjadi pilihan mereka2x yang makin mengerti matlamat hidup sebenar.
Dakwah itu luas dik. Terngiang2x kata2 seorang kakak. Yupp, aku mengerti. Dakwah itu mediumnya sangat besar. Dari ucapan, pakaian, pergaulan. Bagi yang malu2x bercakap tu, ada yang berdakwah dari Facebook, Blog, video osem dan lain-lain cara. Nah, dalam mencapai matlamat hidup sebenar juga caranya banyak. ;)
Apa yang boleh diperkatakan, benar hidup ini satu pilihan. Macam set on cita-cita jugaklah. Hidup susah atau senang pun semua dari usaha diri sendiri. Memilih untuk hidup senang di dunia atau memilih jalan dakwah yang sulit sekali. Itu juga satu pilihan. Jika benar sayangkan syurga, kenapa takut bersusah-susah untuk medapatkannya. SubhanALLAH. Itu juga kata2x seorang kakak. Ermhh, apa yang termampu lakukan saja. Jangan pernah lari dari perjuangan.
Allah berfirman :
1) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU. Adz-Zariyat:56
2) Dan orang2x yg beriman, lelaki mahupun perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf da mencegah yang mungkar. Melaksanakan solat, menunaikan zakat dan ta'at kepada Allah dan Rasulnya. At-Taubah:71
Hadapi yang bitter2x dulu sebelum yang sweet2x..hihii..
Life is about option, what u wanna to catch up on ur life for hereafter.
Bad or Good thing always on ur hand to press what u want.

No comments:
Post a Comment