September membawa beribu kenangan.
Alhamdulillah, dalam bulan September jugalah aku dapat meraikan hari raya
bersama keluargaku. Selang seminggu lepas tu, kena berangkat pulang ke Labuan,
bumi tercinta (aisehhh..!!). Pejam celik
selepas 2 minggu berada dalam kampus, PRK plak memanaskan bumi UMSKAL. Haaa,
aura oren tiba masa tu. Semangat ko jo..!! Walaupun hanya 1 calon yang kami “kirim”
berjaya menjadi pilihan hati kampus, namun kami tetap bersyukur. Semoga dia
dapat menjayakan segala manifestonya sepanjang berada dalam kepimpinan MPP.
Dengan keadaan oren yang membahang, terdapat juga isu yang menjadi bualan
ramai. Ermhh, xpa. Itu normal dalam kamus hidup kampus yang tidak akan pernah
lari dengan politikampus. Aku akui, semua kampus juga macam tu.
Hampir seminggu selepas PRK,
Malaysia panas pulak dengan bajet 2013 yang aku perhatikan sebagai bajet
melampau2x. Terlalu baik pulak PM kita ni. Bukan tidak bersyukur dengan bajet
yang ditentukan, tapi hairan sedikit. Sebab apa?? Mari lihat ni (link bajet 2013).
Ulasan daripada itu, pelbagai
pandangan aku baca. Bajet 2013 umpama “gula-gula” Chupa Chupps. Ada juga yang
berfikiran bahawa ada motif disebalik “gula-gula” tersebut. Aku selaku
mahasiswa juga xlari dari memperoleh sesuatu yang “manis”. Baucer RM250 diteruskan. Maka, ramailah yang
merasa sangat beruntung (untungla~). Bagi anak muda yang berusia 21 tahun ke
atas dan bujang pula dapat BR1M bernilai RM250. Untung juga bagi yang masih
bujang. Bila menitikberatkan soal bajet 2013, ada juga benda yang xpenting
terlalu dititikberatkan oleh kerajaan, contohnya diskaun RM200 untuk pembelian
smartphone. Ishk3x~ Bukankah itu hanya kehendak berbanding kenaikan gula yang
menjadi keperluan? Harga gula naik 20sen. Better bagi subsidi pada gula
berbanding pemberian diskaun RM200 utk pembelian smartphone.

No comments:
Post a Comment