Ya ALLAH, akukah orang ketiga itu..?
Seolah-olah redha dengan takdir yang menyusun hidupnya, Syila rela melepaskan
insan yang disayangnya selama hampir 5 tahun. Mungkin sukar, tapi dia harus
melakukannya. Dia tidak mahu menjadi perosak kepada hubungan orang lain
walaupun dia tahu bahawa dia perlu menyalahkan Hafiz dalam hal ini. Apasallah
xbagitau, bisik Syila di hatinya. Dia sebenarnya terkejut dengan situasi yang
dia hadapi. Mana taknya, Hafiz seolah-olah memberinya harapan untuk hidup
bersama.
****
Papp..!! Novel yang dibaca,
ditutup.. Ha...mesti mau tau apa erita seterusnya, kan? Hihi.. Mau baca sampai
habislah, nak tau pengakhiran dengan cepatlaaa. Hahaa.. Cerita cinta ni,
membuat kita lalai.. Teringat cerita2 dekat TV. Cerita-cerita yang hangat ditayangkan
adalah cerita cinta, dan itu yang menjadi pilihan orang lain. Tidak kurang mak
budak k, budak-budak k, terdedah dengan episod drama cinta. Macam-macam.
Teringat masa sekolah dulu, kawan sekelas terbakar rumah. Berpunca daripada
dapur.Mungkin ada mak budak atau budak-budak yang lupa keadaan nasi hangit
dalam dapur, yang lupa dengan kek yang dibakar dalam oven. Tu diaa, penangan
cerita Rosalinda, Telenovela yang hangat masa zaman sekolah menengah..hihii..
>> Ok, sekarang kita tukar
mood.
Allah mengurniakan cinta dalam hati
setiap manusia. Kenapa? Adakah rasa itu untuk manusia semata2? Oh, tidak. Cinta
pada ALLAH, Rasul, ibu bapa, saudara mara, haiwan dan persekitaran. Rasa cinta
kasih yang DIA berikan adalah untuk semua. Bagaimanalah keadaan manusia jika
tanpa cinta ALLAH? Lalai dengan nikmat dunia semata2. Ada yang lupa bahawa
segala nikmat yang diperoleh adalah daripadaNYA.Ada juga yang lupa, bahawa
nikmat kekayaan adalah kurniaan ALLAH sehingga menyatakan harta yang
diperolehnya adalah atas dasar usahanya sendiri, langsung tidak menyatakan rasa
syukur. Cinta materialistik. Inilah antara akibat bila perasaan cinta pada
ALLAH sudah hilang.
Bila kita lihat kes-kes gadis lari
dari rumah, ada yang meletakkan kesalahan pada ibu bapa. Namun itu bukanlah
alasan yang cukup munsabah. Ibu bapa adalah pendorong kepada anak-anak untuk
tidak melakuan itu dan ini. Hal ini kerana, segala keputusan untuk melakukan
itu dan ini, berkata ya atau tidak adalah daripada individu itu sendiri.
Sebenarnya, individulah yang boleh membuat keputusan untuk dirinya. Cuma,
bagaimana keputusan itu diputuskan adalah bergantung kepada pemikiran individu
tersebut berdasarkan pengalaman hidup, pengisian daripada ceramah ataupun
nasihat kawan-kawan dan lain-lain lagi faktor yang mempengaruhi keputusan.
Situasi??
Adakalanya, situasi yang kita
berhadapan adalah teman yang bersikap dingin. Tapi bila jatuh cinta pada
individu baru, mudah sejuk terhadap individu tersebut. Ermhh, macam-macam ragam
manusia, kan? Mungkin kita pernah berdepan dengan situasi mengenai perubahan
seseorang kerana orang yang disukai. Cinta, merupakan fitrah manusia.
Bagaimanakah cinta itu boleh membawa seseorang individu untuk berada dekat
kepada ALLAH? Seperti situasi tadi jugalah. Pandangan saya, itu bagus sebagai
motivasi kepada individu tersebut. Semangat. Namun niat yang terutama dan harus
diutamakan adalah, berubah kerana ingin dekat pada ALLAH. Dan harus diingat,
perubahan yang harus dimulai setelah niat adalah menjaga solat, menjaga aurat
dan sikap. Kitakan selalu mendengar, solat mencegah dari kemungkaran. Maka,
solat itu harus dijaga. Cintailah perintah ALLAH, itu adalah yang terutama.
ALLAH mencipta manusia
berpasang-pasangan. Itu tanda kekuasaan ALLAH dan kita sendiri tidak tahu
siapakah bakal pasangan. Namun, jika inginkan insan dambaan yang boleh
memimpinmu ke syurga, buatlah seperti mana yang ALLAH syariatkan. Percayalah
pada firman ALLAH surah An-Nur ayat 26 secara ringkasnya dapat disimpulkan
bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.
(Bolehlah mengambil tafsir dan mencari maknanya untuk lebih jelas).
Yakinlah. Jadilah begini andai mahu begitu. ^^V
p/s:
Penuhilah hatimu dengan cahaya keimanan. Bentuklah dirimu mengikut acuan
sebagaimana fitrahmu yang sebenar.
No comments:
Post a Comment