Saturday, January 19, 2013

D U G A A N


Setiap manusia tidak lari daripada dugaan yang pelbagai yang ditimpakan kepadanya oleh Rabbul Izzati. Perkara utama yang harus kita ketahui bahawa dalam kehidupan ini seyogianya perlu untuk memahami dan tahu bagaimana untuk berhadapan dengan permasalahan sama ada peribadi ataupun berkaitan dengan orang lain.

Dalam mengharungi duri kehidupan, kesabaran dan ketabahan merupakan elemen yang perlu diteguhkan. Hal ini kerana liku-liku hidup yang ALLAH turunkan pada setiap hambaNYA sangat berbeza. ALLAH MAHA BIJAK dalam menguji kesabaran hamba-hambaNYA. Bila ini yang sentiasa bermain dalam fikiran kita, percayalah bahawa hati kita serta merta ingat padaNYA dan sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir bahawa ALLAH sangat mempedulikan hambaNYA. Ujian yang ALLAH turunkan adalah sebagai tanda DIA peduli dan mahukan diri kita merapatiNYA.

Ingatlah, sesungguhnya dugaan itu datang silih berganti. Namun, berhadapan dengan dugaan itu terpulang kepada cara individu sama ada menerimanya sebagai suatu ujian, balasan mahupun tulah. Insan yang hebat berhadapan dengan dugaan merupakan insan yang sentiasa ingat pada DIA sama ada diduga dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Tidak dianggap beriman seorang hamba itu jika tidak ada ujian yang menimpanya.

p/s : Berusahalah untuk lulus setiap ujian yang ALLAH turunkan pada kita. In sha ALLAH, usaha tangga kejayaan. ^^V!@#$%^&*(jomlayan) Kehidupan, Raihan.

No comments:

Post a Comment