Saturday, January 19, 2013

S A H A B A T


Sahabat,
Andai coretan ini kau tatap,
Percayalah aku tidak pernah sesaat pun melupakan saat2 indah kita bersama.
Kita pernah tertawa riang, bergurau senda dan menangis bersama.
Tatkala airmata mengenangkan singkatnya pertemuan,
Namun jiwa ini tetap memanjatkan kesyukuran,
Kerana DIA mengaturkan pertemuan kita,
Dan kerana kau sahabat, cermin untuk diriku.


Sahabat,
Di kala aku jatuh, sedih dan menangis tersedu,
Kau umpama tisu menyapu airmata kalbu,
Umpama matahari besinar yang terbit di kala aku mendung.
Ya, kita pernah berselisih faham,
Namun hebatnya syariat kita,
Memerlukan muhasabah mencanai jiwa,
Mahukan ketenangan dan kesabaran menilai diri,
Memberitakan kita bahawa tiap manusia itu tidak ada yang sempurna.

Sahabatku,
Sesungguhnya kebaikan yang ada padamu,
Kadangkala membuatkanku rasa tidak layak bersamamu.
Diri ini sangat hina dengan bermacam kekurangan yang mungkin payah untuk kau terima.
Ketahuilah olehmu sahabat,
Bahawa ikatan persahabatan ini,
Bukan atas dasar kepentingan diri,
Bukan atas dasar material mahupun keinginan melebih.
Tetapi atas dasar kasih Illahi.

Sahabat,
Maafkan diri ini andai tidak berjaya memenuhi kehendakmu,
Tidak berjaya menjadi insan terbaik untukmu.
Ketahuilah bahawa diri ini sentiasa inginkan yang terbaik di setiap langkah kita,
Namun fahamilah bahawa kesempurnaan hanya milik DIA yang hakiki.


**Khusus buat sahabatku, G6, Ikatan Sahabat Raudhah dan semua yang mengenali.

No comments:

Post a Comment