Saturday, November 26, 2011

Do'a Akhir & Awal Tahun

Mari sama-sama kita mendoakan agar diampunkan dosa kita pada tahun yang lepas,


semoga di tahun yang baru, ALLAH membuka ruang kemaafan kepada kita.


Mari kita terus usahakan yang terbaik, agar ada perubahan ada diri kita, menuju keredhaan ALLAH semata-mata.
Amin ya Rabb~

Hijrah, Benchmark..??

Alhamdulillah, ALLAH masih memberi ruang untuk kita bernafas dan menambah iman kepadaNYA. DIALAH tempat kita mengadu semata-mata. Dan pada DIA jualah kita memohon untuk sentiasa mendapat perlindungan di bawah naunganNYA.


1433H, insyaALLAH akan kita dekatinya beberapa jam sahaja lagi. Andai ada rasa inginkan perubahan yang baik, itulah hidayah daripada ALLAH. Sahabat-sahabat, hidayah itu datang hanya sekali. Manfaatkanlah sepenuhnya.


Dalam perkongsian usrah sebelum maghrib, hatiku terdetik untuk membuat suatu yang baru pada diri sendiri. Pengisian itu membuatkan aku tertarik dengan istilah antara suka dan perlu. Sebagai muslim, kita "perlu" untuk bangun subuh, melaksanakan subuh setiap hari. Namun masih ramai yang gagal melakukan sedemikian, termasuklah diri yang lemah ini. Kerana, kita "suka" untuk meneruskan tidur. Ermhh, memang terasa dan terisi.



Aku lebih suka menyentuh mengenai perubahan pada diri bilamana dikaitkan dengan hijrah. Perubahan adalah suatu yang perlu untuk kita lakukan. Benar ke?? Atau perubahan atas dasar kerana sukakan pada perubahan? Berubah kerana aku suka macam ni, macam tu dan sebagainya. ALLAH memberi peluang kepada para hambaNYA untuk berubah. Selagi mana matahari tidak terbit dari arah yang salah, kita masih empunyai peluang dalam meniti perubahan yang baru atas niat kerana ALLAH. 


Firman Allah dalam sura ar-Raad 11 : 


Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Inilah bukti ALLAH menyampaikan pada kita bahawa suatu perubahan itu perlu juga kita lakukan, bukan atas dasar suka-suka ya. Sebagai mukmin sejati kita harus faham bahawa kehidupan kita di dunia ini akan dituai di akhirat sana. Maka, perlu kita fikirkan, apalah bekalan yang kita bawa ke sana?? Peluang untuk kita membuat perubahan pada diri perlu kita manfaatkan selagi roh masih dalam jasad.

Sebenarnya, boleh saja hari-hari kita mulakan azam baru bagi mencapai suatu matlamat setelah bermuhasabah diri. Tapi, bagi akulah kan, hijrah ni adalah benchmark untuk kita menilai diri sendiri setakat manakah kita. Apakah kita menzalimi diri sepanjang tahun ataupun kita ada usaha untuk menjadi yang lebih baik. Apakah perkara yang kita lakukan untuk memastikan landasan kita sentiasa ada pada jalan yang betul dan sebagainya..? Jawapan ini ada pada diri kita.

Semoga benchmark kali ini, kita menghitung satu persatu perubahan yang kita lakukan dari segi lahiriah, batiniah, rohaniah dan paling penting adalah nawaitu. Nawaitu yang bukan kerana ALLAH adalah perkara yang sia-sia. Segala yang kita penuhi kerana ALLAH semata-mata, tunggulah ganjarannya di sana. InsyaALLAH.

Wednesday, November 23, 2011

Dialog Tinipink & Muslimah

Sahabat yang di kasihi sekalian... Mari kita sama-sama dialog antara dua gadis ini..
Sangkallah dakwaan, bahawa dalam hidup ini penyibuk tidak diperlukan. Itu kesilapan terbesar kita sebagai umat Islam. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, jangan kita membiarkan orang-orang yang kita sayangi mendedahkan aurat. Tegurlah. Selagi mampu dengan lidah, berkatalah untuk mencegah kemungkaran, kerana, sabda Rasulullah saw, selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati.

Jika kita sayang seseorang itu, mahukah kita membiarkan mereka terjerumus ke lembah dosa?? Fikirkanlah. Hidup di dunia ini hanya sementara... Di akhirat jualah yang kekal. Biarlah kita kolot di mata manusia, jangan kita kolot di hadapan Rabbul Izzati, Pencipta kita. Biar disana nanti, kita jugalah antara bidadara/i yang paling indah. InsyaALLAH, semoga dialog ini membuka mata kita aurat itu sangat penting untuk dijaga. Walau diri kita sebatang kara di dunia ini, kita tetap memerlukan saudara-saudara kita menjelang melangkahnya kita ke alam barzakh.. Wallahu'alam~

Monday, November 21, 2011

Andai 1 Jam Saja Lagi


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

سبحان الله

الحمدُ لله
لا إله إلا الله
... اللهُ أكبر
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
ﷲ INSYA ALLAH ﷲ
 ALLAH
Prophet Muhammad صلى الله عليه وسلم




Ya qjj...
Andai ada 1 jam lagi, mungkin sekarang aku xmenghadap laptop dan mengupdate blogku...
Aku akan berlutut memohon ampunan dan sujud dengan lama di tikar sejadah...
Andai 1 jam lagi... mungkin selepas jam yg kedua kita dh xbertemu, kemudian terdengarlah bahawa diri ini sudah tiada...
Andai 1 jam lagi, aku mohon keampunan dari kalian semua yang mengenaliku...
Moga rahmat Illahi bersama aku dan kalian...
Semoga hari2 bererti buat kita untuk memohon kemaafan dan bermuhasabah menghitung kesalahan yg perlu ditaubati...
Bila, aku sudah tiada~~~


Mati nasihat terbaik buat kita semua...
Ingati mati.
^^V

Sunday, November 20, 2011

HIKMAH dan berHIKMAH

Hikmah bermaksud 'perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang haq dan yang batil. Menurut Sayyid Qutb, dakwah yang bijak (hikmah) adalah yang memperhatikan situasi dan keadaan mad'u. Al-Qur'an tidak diturunkan sekaligus, melainkan secara bertahap dalam berbagai situasi dan keadaan.

Kemampuan seseorang menerima kebenaran adalah berbeza-beza. Maka tugas si penyampai adalah menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat yang boleh diterima dengan penuh kesedaran,



Kelembutan. Kelembutan akan menambah daya pesona individu, menyenangkan perasaan orang di sekeliling dan membuatkan orang mahu mendengar kata-katanya.

" Tidak ada kelembutan pada sesuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali yang akan menjelekkennya" [HR Muslim]

Kelembutan itu dari Allah dan letaknya adalah dalam hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam usaha menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memerbaiki orang lain.

"Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati, nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah dan minta ampun untuk mereka..
(Surah Ali-Imran 3:159)


Kesabaran. Peribadi Rasulullah yang lemah lembut, penuh kesabaran dan hikmah dalam berdakwah adalah teladan utama untuk kita semua. Kita seharusnya menanamkan akhlak Rasulullah dalam diri kita dan juga mutarabbi kita.

Rendah diri. Rendah diri terhadap pendidik, rendah diri terhadap orang yang dididik dan rendah diri terhadap seluruh orang-orang yang beriman – menunjukkan penghormatan kita kepada Rasulullah SAW dan kebenaran Al-Quran.
Prinsip berdakwah secara hikmah idealnya adalah:

1.       Kembalinya manusia ke dalam hidayah Allah adalah lebih baik daripada membiarkannya tetap berada dalam kesesatan.
2.      Mendoakannya agar mendapatkan hidayah Allah adalah lebih baik daripada memohon azab untuknya.

Fasa dakwah dengan hikmah mesti dilakukan – tepat dalam menempatkan sesuatu pada tempatnya, baik dalam perbuatan mahupun ucapan. Tahu bila waktunya bersikap lembut dan bila waktunya bertegas. Ibarat seorang doktor dan pesakit. Adakalanya doktor memberikan ubat pada dos yang rendah. Jika belum berkesan, akan diberikan ubat dengan dos yang lebih tinggi atau menghantarkannya ke bilik pembedahan.

Orang awam atau masyarakat yang menjunjung tinggi kesopanan – tidak perlu bersikap keras, perlu berlemah-lembut. Sikap tegas diperlukan untuk menasihati seseorang yang pada dasarnya memiliki ketetapan dan keikhlasan beragama agar tidak terjerumus lebih dalam lagi dalam kesalahan.

Hendaklah setiap hari kita terus menilai diri, memantapkan akhlak dan menguatkan diri sebagai seorang pendakwah.

Allah SWT berfirman, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah An-Nahl 16:125]

Makin banyak kupasan yang kita buat dalam mencari suatu kebenaran, melalui lenggok-lenggok perjalanan menempuh duri mendapatkan emas tulen, begitu banyak benda yang terlepas dan menyedarkan diri bahawa ada lagi ilmu yang belum diketahui. Moga aku dapat mempelajari, menyampaikan sesuatu secara berhikmah.

Ya ALLAH, padaMU jua aku mengadu. Semoga hatiku sentiasa tenang, mindaku sentiasa terbuka untuk menerima ilmu di bawah kuasaMU.. Begitu luas ilmu ALLAH. Dan ini membuktikan manusia mempunyai sifat-sifat yang lemah. Amin~
<Sebaran ilmu maya>

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Suatu tarikh yang menarik. Berlaku tiap 100 tahun sekali. Alhamdulillah, sempat jugak aku tengok keadaan pada tarikh ni. Dalam Satanic Bible ada rujukan The Eleven Sign bila baca benda ni dan menelitinya, tarikh ni adalah tarikh pemujaan kerabat2 Dajjal. Xdapat nak terangkan lebih lanjut. Kalian bolehlah search 11 Satanic. Sekadar perkongsian untuk mengkaji. Wallahu'alam.

Tuesday, November 8, 2011

Ukhuwwah? Apa tu?? Biskut ke?? (^_^,)v

Entri kali ni, nak cerita tentang ukhuwwah..hehe..teringat plak nostalgia lepas...

Pada suatu hari, berkumpullah sahabat2 sefikrah ni, nak lebih kenal mendalam supaya tafahum lebih mantap. Maka, dperkenalkanlah dalam pertemuan di bawah lampu yang menaungi satu halaqah.

Assalamu'alaikum wbt...
Nama ana, MSyuhada binti ****i. Asal dari tanah, bertunas di Kota Kinabalu, tumbuh di Tawau Sabah. Antum pula?? Nama ana dot3x...sampailah sahabat yang terakhir. Lucu jugak saat-saat ni.

Dilanjutkan cerita, adalah sorang sahabat ni, dia sangat sedih bilamana ada sahabat2 yang punya konflik antara mereka. Dalam kesedihan liqa' pada malam itu, dia berkata..kita asyik cerita tentang ukhuwwah saja. Orang lain dok sibok dah pasal perjuangan dakwah, kita still d level yang ni. Ukhuwwah3x.. (ermhhh, ukhuwwah ke kuahh??!!) hahahaa...**sambung balik, kenapalah muslimat ni ada jak masalah hati..? Manalah perginya ukhuwwah tu. "Apa itu ukhuwwah?? Ukhuwwah tu biskut ke???" dia pernah cakap macam ni...^^ ermhh, nampaknya ukhuwwah ni...macam Chipsmore pulakk... kejap ada, kejap tiada...



***

Jom kita tengok, betul ke ukhwah ni biskut???

Ukhuwwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah Islam, Iman dan Takwa. Persaudaraan yang tulus ini akan melahirkan rasa kasih sayang yang mendalam pada jiwa setiap muslim dan mendatangkan dampak positif, seperti saling menolong, mengutamakan orang lain, ramah, dan mudah untuk saling memaafkan.

Dan sebaliknya dengan ukhuwwah juga akan terhindari hal-hal yang merugikan dengan menjauhi setiap hal yang dapat mendatangkan kerugian bagi orang lain, baik yang berkaitan dengan jiwa, harta, kehormatan, atau hal-hal yang merosakkan martabat mereka. Sesungguhnya Islam telah menghimbau kepada umatnya untuk senantiasa menjaga ukhuwah ini, karena pada hakikatnya kaum mukminin itu bersaudara. Mereka bagaikan susunan bangunan yang kokoh yang saling menguatkan satu dengan yang lain. 


Allah berfirman (artinya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al Hujurat: 10)

Rasulullah bersabda:
اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan bagian satu dengan bagian yang lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Kaum mukminin itu seperti satu anggota tubuh, jika salah satu anggota tubuh tersebut merasakan sakit, maka bagian tubuh yang lain juga akan merasakan sakitnya.

Nabi bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَ اشْتَكَى مِنْهُ عَضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak bisa tidur dan merasa demam.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Nilah antara dalil2 yang aq baca utk menguatkan pandangan bahawa, ukhuwwah sangat penting, lebih2 lagi dalam membawa beban dakwah yang ALLAH takrifkan pada kita.

Ukhuwwah, memang macam biskut, bila lapar biskut tu ada. Tetap menghulurkan walaupun rasa berkurangan. Walaupun sekeping, dalam biskut banyak protein, zat dan tenaga. Sahabat-sahabat saya juga macam biskut. Ada mcm biskut Jacob, Munchy's, Magic, Cap Ping Pong dan macam2 jenis lagi..
Chipsmore pun ada, yang kejap ada kejap xda tu adalah coklat cipnya..kadang2 banyak, kadang2 sikit..hehe.. Semua hebat-hebat belaka. Hebat kan sahabat2 saya.. ^^

###


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yg berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi


>> ni bukan lagu saya, tp Amar yang punya...

Sesungguhnya engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu,
Berhimpun dalam naungan cintaMU..
Bertemu dengan keta'atan,
Bersatu dalam perjuangan,
Menegakkan syari'at dalam kehidupan~    (^_^)v

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil'adha...

Kali ini, aku menyambut raya aidil'adha kat kampus lagi. Hari raya korban nanti, semua kena pakai baju maron tau. Itulah pinta sorang pimpinan pada sahabat pimpinannya. Hari raya telah tiba hari ini. Sungguh sunyi kampusku. Aku menitip jalan ke arah asramaku. Pagi tadi, aku bergegas pulang dari rumah sahabatku, Siti Qamariah. Sedih juga kerana terpaksa meninggalkan dia beraya sorang di rumahnya. Sempat aku bersalam dengannya sebelum meninggalkan dia berseorangan. InsyaALLAH, aku akan menemaninya untuk menziarahi kawannya esok.

***


Aku rindu pada suara takbir. Lantas, aku buka lappy dan search for takbir on Google. Yess, i got it. Suara arwah Ustaz Asri berkumandang di bilik asramaku. Begitu syahdu. Teringat pula keluarga di kampung. Ermh, kali ni aku xdapat pulang beraya bersama. 

***

Walaupun ketiadaanku d sisi keluarga, namun doaku untuk seluruh keluargaku tetap ada. Pengorbanan kedua ibu bapaku ketat dalam ingatan. Ya ALLAH, rindunya aku pada mereka.. Moga mereka sentiasa dalam rahmatMu Tuhan~ ^^

Thursday, November 3, 2011

Bayaran Yuran kepada ALLAH...


Tertarik dengan gambar yang agak kelakar. Dari facebook coursemate aku. Dia memang kelakar gila. Ermh, apa yang nak dikongsikan disini, dalam dunia ni tiada perkara yang boleh kita peroleh dengan percuma, kan?? Perasan x, kalau kita pergi ke Program ataupun Majlis Walimatulurus, kita diberikan goodie beg atau saguhati. Itu adalah sebagai tanda terima kasih pihak mereka kepada kita. Ini berkenaan penghargaan mereka pada kita selaku tetamu.

Bilamana suatu perkara berlaku dan kemudiannya kita mendapat penghargaan atas suatu perkara yang kita lakukan, cuba persoalkan pada diri. Adakah kita gembira? Adakah kegembiraan kita disebabkan penghargaan? Dan adakah kegembiraan itu mencetuskan bahawa kita perlu memberi lagi. Semestinya, jawapannya, ya. Saya gembira dan ingin memberikan lagi. Murahnya hati insan ini. Bagaimana pula dengan perkara yang langsung tidak dihargai?  Mahukah kita terus memberi walaupun tidak mendapat penghargaan? Mungkin kita akan down kerana tiada penghargaan yang kita peroleh, kan???

Lakukannya kerana ALLAH, diberi pujian atau tidak, semestinya pahala iaitu penghargaan ALLAH kepada kita tetap menjadi milik. Dalam melakukan perkara apapun, nawaitu kena betul, ikhlas LILLAHITA'ALA. Dan atas niat suci itulah, kita tetap gembira walaupun tanpa penghargaan dari orang lain.

Menerusi kehidupan manusia, perasan tak?? Lahirnnya seorang bayi, kemampuan kita menggunakan "enjin" yang ada dalam kepala, keberanian kita dalam melantangkan suara dalam menyuarakan pendapat...adakah ini berbayar??? Anggota tubuh yang kita miliki, wajah yang cantik lagi ayu terserlah dengan tahi lalat. Ketenangan wajah seorang ibu bilamana melihat anaknya pulang dari perantauan dan kegembiraan kita bilamana rezeki melimpah ruah. Semua ini adalah kurniaan ALLAH swt.

Berkali-kali ALLAH sebutkan ini (maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah kamu dustakan??) dalam Surah Ar-Rahman.

Apa yang ingin dikongsikan di sini, semua perkara yang kita rasa percuma daripada ALLAH adalah berbayar sebenarnya. Dan tahulah apa akan mengazabmu jika xmembayar. Kita tidak punya bergunung-gunung emas, mahupun perak atau tembaga untuk membayar semua itu. Jikalau pun ada, semua ini hanya bernilai disisi makhlukNya tetapi bukan DIA. Jadi guna apa untuk bayar semua ini??

Surah adz-Dzariyat ayat 56  > Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Sesungguhnya, keagungan ALLAH meliputi langit, bumi dan segala-galanya. ALLAH tidak menciptakan kita selain untuk mengabdikan diri kepadaNYA semata-mata. Jagalah solatmu yang 5. Itulah antara "bayaran" yang perlu kita bayar sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH. "Yuran" yang ALLAH tetapkan hendaklah kita laksanakan. Dimana tanda terima kasih kita semasa kita mendapat penghargaan? Dengan berzikir dan memuji-muji ALLAH, juga antara tanda kita menghargai pemberian ALLAH yang percuma. Pada ALLAH jualah bakal kita kembali nanti, kenapa tidak kita langsaikan yuran dulu sebelum kembali padanya, agar tabung akhirat kita "cukup" untuk membeli tiket syurgaNya. Banyak lagi cara membayar yuran kepada ALLAH antara yang lainnya, jihad fisabilillah, membantu golongan yang memerlukan dan semua perkara berkaitan amal makruf nahi mungkar. Mudah kan bayar yuran pada ALLAH. Tidak perlu masuk 1 In A Million untuk dapatkan 1Juta bagi membayar yuran ALLAH. ^^

SubhanALLAH, tiadalah daya upayaku selain dari bantuanMU...

Wednesday, November 2, 2011

Ulasan Video - Tamadun Islam


Assalamualaikum wbt…
Semalam, tgok video yg aq download seharian…Tamadun Islam..
Mengulas dari vidyo yg aq tgok, bila memikirkan mngenai umat Islam d tanah Palestin. MasyaALLAH… Kanak2 dsana lebih advance mngenai pjuangan Islam. Mreka yg spatutnya bhadapan dgn buku, ilmu <sbgaimana aq masa kcik dulu> kini berhadapan dgn situasi yg amat menderitakan mereka, yg mbuatkan mreka punya semangat utk bjuang, lebih bsemangat dr kami yg mc baru belajar erti pjuangan dan smmgnya brada dlm medan pjuangan kini. Kata kak Qatrun, latihan askar2 dsana <Palestin> utk bhdpn dgn musuh, lebih dahsyat  berbanding askar2 Malaysia. My personal opinionlah kan, sbb askar2 d sana adalah jundulloh sbnr dan cara mereka hadapi musuh lebih advance sbb situasi perang yg mreka hadapi adalah benar2 situasi perang. Ya ALLAH, berilah kekuatan kpd para jundulloh. Tapi, mengapa dunia snyap?

Senyap sebab negara lain takut nak bantu, kerana kuasa besar Amerika bakal menyerang. Aku dapat bayangkan, apa akn jd pd negara Malaysia andai mambantu negara yg bperang dgn Amerika. Kak Qatrun ada crita dkt aq pasal OIC. Dalam pnubuhan tu, smua pemimpin Islam bersatu, tp bilamana sbuah negara Islam dserang, xda plak yg berani. Emhh…o,i c… Andai negara khilafah wujud, subhanALLAH. Dalam usaha masyarakat yg sedar, mmg sangat ramai yang simpan hasrat utk mwujudkan negara khilafah smula. Aq mau mengalami keadaan sbegitu. Nak Islam gemilang mcm dulu. Aq bangga dgn tokoh2 Islam. Islam memerintah 2/3 dunia hinggalah something bad happen. Pada 3 Mac 1924/ 26 Rejab 1342 H Mustafa Kamal Atartuk isytiharkan pembubaran Khilafah Islamiah dan Turki bertukar menjadi Sekular (memisahkan agama dari pemerintahan negara-negara Islam) akhirnya dijajah oleh barat dan dibahagi-bahagikan. MasyALLAH. Betapa kejamnya hal itu. Namun, sgala2nya takdir ALLAH. Maka nantikanlah kelahiran anak2 yg bakal mbawa kmenangan pd Islam.




2 matlamat pjuangan adalah, mati syahid atau mencapai kemenangan. Andai aku mati syahid, alhamdulillah. Aq bminat nak duduk d arash ALLAH bsama2 pjuang2 Islam terdahulu. Bsama  para nabi dan plg pnting, bsama kekasih ALLAH, Nabi Muhammad saw. Tapi orang macam aku ni, rasanya xlayak sangat2x. Pjuangan dlm Islam mmg bnyk ujiannya. Tu tanda ALLAH peduli ngan kita. Emhh…walau apapun dugaan yg diberikan, aq berharap sgt aq ttp berada dlm landasan pjuangan. Sbb, aq nak kejar mardhatillah, nak dpt kasih sayang dr Pencipta. Ya ALLAH, berikan aq kekuatan utk menghadapi cabaran yg bakal mendatang. Kuatkan hatiku, kuatkan semangatku, kuatkan zahir, batin dan rohaniku utk berhadapan dgn plbagai dugaan samada dugaan yg bahaya atau selamat.

InsyaALLAH, 27hb kami akan bgerak ke Kota Kinabalu atas urusan2 tertentu. Moga segalanya dilancarkan ALLAH..dan semua yg bakal kami hadapi akn mbuatkn jiwa kami terus kental dalam pjuangan..amin~

Labuan,TM58 11.17pm 25/10/2010

Perjalanan Hidup : Perkongsian

Assalamu'alaikum wbt..


Alhamdulillah. Dapat lagi menitip kata pada blog hari ni. Terlalu banyak perkara yang perlu disettlekan lagi. Sepanjang pandangan pada persekitaran hari ini, aku melihat anak-anak muda semakin seronok dengan pemakaian yang kononnya trendy. Kadang-kadang sedih, apakah usaha dakwah yang dilakukan tidak berkesan? Namun, berbalik dari itu, teringat pula bahawa ALLAH tidak menilai hasil. ALLAH menilai sejauh mana tahap kesungguhan hambaNYA dalam berusaha membawa risalah kebenaran.


                                               


Teringat kata-kata seorang senior, dalam melakukan gerakerja ada 4 quadran yang menjadi ukuran kesegeraan. Inilah antara teori Stephen Covey yang cuba aku fahami. Alhamdulillah, dah tahu bezakan mana satu kerja segera yang penting, kerja segera yang tak penting...kerja penting yang segera dan kerja penting yang tak segera. Boleh diaplikasi dalam merancang sesuatu.

Semalam, terdapat perkongsian mengenai John Locke, Rossieu dan Fahmi Reza. Bagi aku, ini perkongsian yang amat bermakna bagi mencapai hak asasi manusia dan keadilan pada semua. Begitu dalam kajian yang dibuat oleh mereka yang mahu kebenaran dibuktikan. Sebagaimana Malaysia ada Bapa Pemodenan, Tun Mahathir Mohamad, ada pula Bapa Sekularisme iaitu Kamal Alartuk, maka apa yang aku nak kongsi disini bahawa John Locke pula Bapa Liberalisasi.

Boleh kita belajar dengan orang sekular, tapi ambil ilmu sahaja. Mana yang bercanggah jangan campurlah. Ilmu itu luas, tetapi ambillah yang bermanfaat. Sebagaimana dalam kampus jugalah, banyak benda keduniaan yang menjadi pokok bicara pensyarah di awal pagi. Bagi yang muslim, sesungguhnya kita mempunyai pegangan kuat terhadapa agama, maka cukuplah dengan hanya mengutip ilmu. Analogi yang mahu dikongsikan agar dapat memahami lebih jelas adalah seperti mahu makan buah nangka. Namun hanya isi diambil, getah dan kulitnya dibuang.


Dakwah, medannya sangat luas walaupun untuk menyebut "dakwah" itu suatu yang sangat faham dan difahami. InsyaALLAH.
^^