Sunday, November 20, 2011

HIKMAH dan berHIKMAH

Hikmah bermaksud 'perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang haq dan yang batil. Menurut Sayyid Qutb, dakwah yang bijak (hikmah) adalah yang memperhatikan situasi dan keadaan mad'u. Al-Qur'an tidak diturunkan sekaligus, melainkan secara bertahap dalam berbagai situasi dan keadaan.

Kemampuan seseorang menerima kebenaran adalah berbeza-beza. Maka tugas si penyampai adalah menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat yang boleh diterima dengan penuh kesedaran,



Kelembutan. Kelembutan akan menambah daya pesona individu, menyenangkan perasaan orang di sekeliling dan membuatkan orang mahu mendengar kata-katanya.

" Tidak ada kelembutan pada sesuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali yang akan menjelekkennya" [HR Muslim]

Kelembutan itu dari Allah dan letaknya adalah dalam hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam usaha menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memerbaiki orang lain.

"Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati, nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah dan minta ampun untuk mereka..
(Surah Ali-Imran 3:159)


Kesabaran. Peribadi Rasulullah yang lemah lembut, penuh kesabaran dan hikmah dalam berdakwah adalah teladan utama untuk kita semua. Kita seharusnya menanamkan akhlak Rasulullah dalam diri kita dan juga mutarabbi kita.

Rendah diri. Rendah diri terhadap pendidik, rendah diri terhadap orang yang dididik dan rendah diri terhadap seluruh orang-orang yang beriman – menunjukkan penghormatan kita kepada Rasulullah SAW dan kebenaran Al-Quran.
Prinsip berdakwah secara hikmah idealnya adalah:

1.       Kembalinya manusia ke dalam hidayah Allah adalah lebih baik daripada membiarkannya tetap berada dalam kesesatan.
2.      Mendoakannya agar mendapatkan hidayah Allah adalah lebih baik daripada memohon azab untuknya.

Fasa dakwah dengan hikmah mesti dilakukan – tepat dalam menempatkan sesuatu pada tempatnya, baik dalam perbuatan mahupun ucapan. Tahu bila waktunya bersikap lembut dan bila waktunya bertegas. Ibarat seorang doktor dan pesakit. Adakalanya doktor memberikan ubat pada dos yang rendah. Jika belum berkesan, akan diberikan ubat dengan dos yang lebih tinggi atau menghantarkannya ke bilik pembedahan.

Orang awam atau masyarakat yang menjunjung tinggi kesopanan – tidak perlu bersikap keras, perlu berlemah-lembut. Sikap tegas diperlukan untuk menasihati seseorang yang pada dasarnya memiliki ketetapan dan keikhlasan beragama agar tidak terjerumus lebih dalam lagi dalam kesalahan.

Hendaklah setiap hari kita terus menilai diri, memantapkan akhlak dan menguatkan diri sebagai seorang pendakwah.

Allah SWT berfirman, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah An-Nahl 16:125]

Makin banyak kupasan yang kita buat dalam mencari suatu kebenaran, melalui lenggok-lenggok perjalanan menempuh duri mendapatkan emas tulen, begitu banyak benda yang terlepas dan menyedarkan diri bahawa ada lagi ilmu yang belum diketahui. Moga aku dapat mempelajari, menyampaikan sesuatu secara berhikmah.

Ya ALLAH, padaMU jua aku mengadu. Semoga hatiku sentiasa tenang, mindaku sentiasa terbuka untuk menerima ilmu di bawah kuasaMU.. Begitu luas ilmu ALLAH. Dan ini membuktikan manusia mempunyai sifat-sifat yang lemah. Amin~
<Sebaran ilmu maya>

No comments:

Post a Comment