Kali ini, aku menyambut raya aidil'adha kat kampus lagi. Hari raya korban nanti, semua kena pakai baju maron tau. Itulah pinta sorang pimpinan pada sahabat pimpinannya. Hari raya telah tiba hari ini. Sungguh sunyi kampusku. Aku menitip jalan ke arah asramaku. Pagi tadi, aku bergegas pulang dari rumah sahabatku, Siti Qamariah. Sedih juga kerana terpaksa meninggalkan dia beraya sorang di rumahnya. Sempat aku bersalam dengannya sebelum meninggalkan dia berseorangan. InsyaALLAH, aku akan menemaninya untuk menziarahi kawannya esok.
***
Aku rindu pada suara takbir. Lantas, aku buka lappy dan search for takbir on Google. Yess, i got it. Suara arwah Ustaz Asri berkumandang di bilik asramaku. Begitu syahdu. Teringat pula keluarga di kampung. Ermh, kali ni aku xdapat pulang beraya bersama.
***
Walaupun ketiadaanku d sisi keluarga, namun doaku untuk seluruh keluargaku tetap ada. Pengorbanan kedua ibu bapaku ketat dalam ingatan. Ya ALLAH, rindunya aku pada mereka.. Moga mereka sentiasa dalam rahmatMu Tuhan~ ^^
No comments:
Post a Comment