Thursday, November 3, 2011

Bayaran Yuran kepada ALLAH...


Tertarik dengan gambar yang agak kelakar. Dari facebook coursemate aku. Dia memang kelakar gila. Ermh, apa yang nak dikongsikan disini, dalam dunia ni tiada perkara yang boleh kita peroleh dengan percuma, kan?? Perasan x, kalau kita pergi ke Program ataupun Majlis Walimatulurus, kita diberikan goodie beg atau saguhati. Itu adalah sebagai tanda terima kasih pihak mereka kepada kita. Ini berkenaan penghargaan mereka pada kita selaku tetamu.

Bilamana suatu perkara berlaku dan kemudiannya kita mendapat penghargaan atas suatu perkara yang kita lakukan, cuba persoalkan pada diri. Adakah kita gembira? Adakah kegembiraan kita disebabkan penghargaan? Dan adakah kegembiraan itu mencetuskan bahawa kita perlu memberi lagi. Semestinya, jawapannya, ya. Saya gembira dan ingin memberikan lagi. Murahnya hati insan ini. Bagaimana pula dengan perkara yang langsung tidak dihargai?  Mahukah kita terus memberi walaupun tidak mendapat penghargaan? Mungkin kita akan down kerana tiada penghargaan yang kita peroleh, kan???

Lakukannya kerana ALLAH, diberi pujian atau tidak, semestinya pahala iaitu penghargaan ALLAH kepada kita tetap menjadi milik. Dalam melakukan perkara apapun, nawaitu kena betul, ikhlas LILLAHITA'ALA. Dan atas niat suci itulah, kita tetap gembira walaupun tanpa penghargaan dari orang lain.

Menerusi kehidupan manusia, perasan tak?? Lahirnnya seorang bayi, kemampuan kita menggunakan "enjin" yang ada dalam kepala, keberanian kita dalam melantangkan suara dalam menyuarakan pendapat...adakah ini berbayar??? Anggota tubuh yang kita miliki, wajah yang cantik lagi ayu terserlah dengan tahi lalat. Ketenangan wajah seorang ibu bilamana melihat anaknya pulang dari perantauan dan kegembiraan kita bilamana rezeki melimpah ruah. Semua ini adalah kurniaan ALLAH swt.

Berkali-kali ALLAH sebutkan ini (maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah kamu dustakan??) dalam Surah Ar-Rahman.

Apa yang ingin dikongsikan di sini, semua perkara yang kita rasa percuma daripada ALLAH adalah berbayar sebenarnya. Dan tahulah apa akan mengazabmu jika xmembayar. Kita tidak punya bergunung-gunung emas, mahupun perak atau tembaga untuk membayar semua itu. Jikalau pun ada, semua ini hanya bernilai disisi makhlukNya tetapi bukan DIA. Jadi guna apa untuk bayar semua ini??

Surah adz-Dzariyat ayat 56  > Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Sesungguhnya, keagungan ALLAH meliputi langit, bumi dan segala-galanya. ALLAH tidak menciptakan kita selain untuk mengabdikan diri kepadaNYA semata-mata. Jagalah solatmu yang 5. Itulah antara "bayaran" yang perlu kita bayar sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH. "Yuran" yang ALLAH tetapkan hendaklah kita laksanakan. Dimana tanda terima kasih kita semasa kita mendapat penghargaan? Dengan berzikir dan memuji-muji ALLAH, juga antara tanda kita menghargai pemberian ALLAH yang percuma. Pada ALLAH jualah bakal kita kembali nanti, kenapa tidak kita langsaikan yuran dulu sebelum kembali padanya, agar tabung akhirat kita "cukup" untuk membeli tiket syurgaNya. Banyak lagi cara membayar yuran kepada ALLAH antara yang lainnya, jihad fisabilillah, membantu golongan yang memerlukan dan semua perkara berkaitan amal makruf nahi mungkar. Mudah kan bayar yuran pada ALLAH. Tidak perlu masuk 1 In A Million untuk dapatkan 1Juta bagi membayar yuran ALLAH. ^^

SubhanALLAH, tiadalah daya upayaku selain dari bantuanMU...

No comments:

Post a Comment