Tuesday, January 3, 2012

Amalina Che Bakri mohonlah HIDAYAH ALLAH

Terkejut bilamana meround2 di ruangan maya. Ermh, blh cari sendiri link yang cerita tentang beliau. Disini, saya bukanlah mahu menghina ataupun menyatakan kebencian pada beliau. Walaupun pada mulanya, saya terkejut dan xsuka dengan perubahan dia. Dia shock culture tu. Namun, sebagai orang muslim seeloknya kita memberikan nasihat yang berganda2 agar dia sedar dan mahu berubah kembali. Kita tidak boleh menyalahkan individu itu semata2. Nasihat tu yang perlu. Kita tidak tahu apa yang berlaku pada mereka di luar sana yang menyebabkan mereka berubah sedemikian rupa.


Penghinaan yang melampau-lampau menggambarkan kita hanya melihat perkara ini secara luaran semata-mata. Untuk peringatan diri sendiri, saya takut sebenarnya bilamana ALLAH akan tarik nikmat tudung yang saya ada, nikmat iman (walaupun masih tipis dan perlu ditebalkan) dan taqwa (perlu ditambah seinfiniti) yang ada pada diri saya. Sewajarnya, penghinaan tidaklah perlu dilakukan kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita akan datang. Mungkin sekarang kita pakai tudung labuh dan akan datang bagaimana pula? Begitu juga dengan lelaki, ibadah sebenar-benar ibadah sekarang. Kita tetap tidak tahu bagaimana keadaan fizikal dan mental kita 2, 3 tahun akan datang.



Ingat, hidayah itu milik ALLAH. DIAlah yang berhak mendekatkan hidayah dan juga menarik hidayah. DIA juga tidak akan mengubah nasib suatu hamba melainkan hamba itu berusaha sendiri. Sama2lah istiqamah dan memperbaiki diri. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment