Sunday, January 1, 2012

Cerita Tahun Baru 2012

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Tahun Baru...
Alhamdulillah, sampai kita ke tahun baru di bawah kiraan Gregorian ciptaan Pope. Kalau nak tahu lanjut, klik sini ya... Ingat tak, filem Barat 2012? Huuuhh~ Sebenarnya, bilamana menjelang tahun 2012 ni, makin takut akan berhadapan dengan pelbagai lagi cubaan yang berat yang tak tertanggung daripada ALLAH. Takut melihat anak bangsa dibuai2 kelalaian. Moga ALLAH sentiasa beri kita kekuatan. Mengulas daripada filem 2012, suatu perkara yang baik bila kita memandangnya dari sudut positif. Tapi bagi aq, kesan tiada apapun.Tiada yang menginsafkan sebab kadar gejala sosial makin meningkat. Ada perkaitan juga kan???


Dalam tahun ini juga, sepertimana tahun-tahun yang lalu, semakin hebat cabaran yang bakal kita hadapi. Terfikir sejenak, apa jadi pada Palestin? Apa jadi pada saudara seagama kita di sana? Aq mula rasa pilu. Ya ALLAH, Maha Suci Engkau kerana menjatuhkan rasa pilu pada hambamu ini. Bukan d Palestin saja, Somalia, Afrika dan Malaysia juga. Apa jadi pada saudara mara kita pada masa kini nanti? Hal ini bukan di tahun baru saja difikirkan, tapi bilamana teringat, maka adalah bayangan jenazah kanak2 (Palestin), pelarian (Somalia), kanak2 kurang zat (Afrika) dan pembuangan bayi/pengguguran (Malaysia). Nampak kan bezanya? Kalau tak nampak, cuba telitikan. Apa jadi pada saudara kita yang dekat-dekat ni? I mean, Malaysia lahh...

Kampusku begitu riuh menjelang 12.00 tadi. Jeritan "Happy New Year" kedengaran. Ini dalam kampus. Bila terfikir di rumah, mesti adik2 n kakak tgh bz2 buat BBQ dan aq d kampus..hahaa.. Berbalik pada cerita sebenar (sebelum lari topik), persoalan yang bermain di fikiranku, adakah kes gejala sosial nanti akan menurun kadarnya? Aku sangat berharap, Malaysia bersih dari pembuangan dan pengguguran bayi. Tapi bagaimanakah?



Terbaca status senior, satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, seolah2 kurang berstrategi dan takut menjalankan suatu gerakan dalam membanteras gejala sosial. Adakah ini salah satu penyebab kepada penyumbang kadar sosial? Tepuk dada tanya iman ya. Jika benarlah, tiada guna bernaung di bawah satu nama "ISLAM" tetapi perlaksanaan ke arah perundangan ISLAM tidak dilaksanakan sebaiknya. Tanya hati dan tanya diri. Minda mampu mengatakan segala2nya menurut pandangan nuranimu, namun iman tidak bisa membidas apa sahaja yang ALLAH perintahkan. Sebab tu kita kena kuatkan iman, bukan menurut pada kata hati semata.

Sekadar perkongsian. Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment