Sunday, January 1, 2012

Kisah Mahasiswa Diserang Polis Di Tahun Baru

'Tolong update d wall aq, bagitau, seorang mahasiswa pengsan dan sorang lagi cedera di serang polis guna cota'. Panggilan ini ku terima daripada sahabat lamaku yang belajar di UPSI. Ramai student yang ditangkap. Dalam membuat pengiraan akaun utk ulangkaji, ada lagi sahabat prihatin yang mesej memberitahu bahwa dia kesian pada mahasiswa yg jadi mangsa polis. Klik sini untuk lihat mangsa kekejaman polis.



Fuh~ bila baca entri dari blog Minda Tajdid mengenai pendapat Dr.MAZA, benarlah kata beliau. Bagi saya, polis tu tugasnya sangat mulia, namun apabila membuat suatu tugasan ada ketikanya mereka bongkak dan sesuka hati mencederakan orang. Hal inilah menjadi antara penyebab kebencian rakyat pada pihak berkuasa seperti polis. Paling menyedihkan, sahabat mahasiswa diserang bersenjata sedangkan mahasiswa tidak menggunakan sebarang senjata. Terdapat juga mahasiswa yang ditahan untuk disiasat.



Rasanya, tahun ini adalah tahun kebangkitan. Akhir-akhir ini kita sering menerima berita-berita mengenai kebangkitan. Malaysia perlukan perubahan. Malaysia perlukan pemimpin yang tidak zalim. Malaysia memerlukan pemimpin adil dan saksama, tidak menggunakan harta rakyat untuk kepentingan peribadi. Saya percaya, tindakan mahasiswa melakukan semua itu adalah berasas. Masakan mereka mahu buat sesuatu tindakan tanpa sebab munasabah. Mahasiswa kini celik dengan isu2 kepimpinan. Mereka tahu mana satu pihak yang harus dipilih sbg pemimpin. Namun begitu, ada pula front2 yg cuba menghalang gerakan mahasiswa ini utk bangkit. Semoga ALLAH sentiasa memberi semangat kepada para pejuang kebenaran.

Mesti ada yang berfikir, mengapa hal ini berlaku? Sebab, mahasiswa makin tahu dan bijak mengenal kebenaran. Jadi jangan hairanlah kalau terjumpa blog2 yang memaki pemimpin. Hal ini kerana, empunya blog belajar daripada sikap segelintir mereka yang suka mengancam dengan makian, ludahan (imbuhan xsesuai, hahaa), pornoan dan lain-lain. MasyaALLAH.

Mahasiswa Bangkit, Pemangkin Perubahan Kepimpinan Negara...

No comments:

Post a Comment