Sunday, January 15, 2012

Nila & Bubur ...

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, tp aku percaya susu blh beli baru...
Nasi sudah menjadi bubur, aku optimis lg sbb bubur mc blh makan...

Tp, bila kepercayaan dah hilang..Boleh beli? Boleh tukar k x? Dapat?
Keindahan sesebuah persahabatan adalah melalui kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan. Tapi, kadangkala kita temui insan2 yang sukar nak diperkatakan. Ya, macam-macam ragam manusia. Cuma, jika ada insan yang selalu mempertahankan anda, tetapi anda memang terang-terang bersalah, apa yang ada rasakan? Alhamdulillah, bila hati yang sedar dengan sesal atas dosa yang dilakukan akan berasa malu kerana kekhilafan diri tapi ada yang pertahankan anda sehinggakan anda mahu memberitahunya bahawa sememangnya saya buat silap wahai sahabatku. 
Namun, apa pula jadi sekiranya, yang mempertahankan yang bersalah itu, mendapat tahu bahawa yang dibelanya memang betul-betul buat salah, ego serta tidak mahu mengakui kesalahan. Malah itu bukan kesilapan yang baru sekali berlaku tapi dah berkali-kali. MasyALLAH. Rasa sedih, terkilan, hilang rasa percaya dan hilang hormat.
Murnikan dan sucikan jiwaku dari segala kemungkaran, wahai Tuhanku yg Maha Suci lagi Maha Berkuasa..

No comments:

Post a Comment