Saturday, May 7, 2011

Apa pujaan anak muda kini???

Merenungi kehidupan manusia, memandang sekeliling, melihat dan menganalisa...menarik nafas panjang...
Tiap yang bertemu akan berpisah akhirnya. Sedar dari lamunan, aku bangkit menyertai perjuangan dakwah. Banyaknya ujian dan cabaran. Tiap teguran aku cuba untuk berlapang dada, senyum walaupun sakit. Hakikat perjuangan sememangnya pahit, memang itu juga yang harus di rempuh. Itu baru di hati. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dulu, dicaci, dilempar dengan najis, diancam bunuh, baginda tetap teguh dan kukuh meneruskan dakwah.

Melihat pada sekeliling, abad ke-21. Anak muda semakin galak berhibur. Seakan-akan lupa pada tanggungjawab. Padahal ALLAH mengutuskan manusia di muka bumi ini untuk menjadi khalifah. Sebagaimana dalam firmanNya :
 “Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”
                                                                                     (Surah Al-Zariyat :ayat 56)

Namun, firmanNya ini bukan hanya tidak difahami, langsung juga tidak dibaca, kerana anak muda kini hanya gemar membaca buku-buku manga, novel cinta, bahan-bahan bacaan yang berbentuk hiburan semata-mata. Hedonisme, Vandalisme, Gangsterisme, semua yang isme-isme banyaklah wujud. Fesyen-fesyen semakin hebat, muzik melalaikan apatah lagi. Dan itulah, antara agen pemusnah pemikiran anak muda kini. Akhirnya, tanpa panduan Al-Quran dan Sunnah, lalai sudah si anak Adam. Nampak sangat mereka menjadi hamba kepada selain ALLAH. Mengagung2kan fesyen dan artis...

Begitu kuat pengaruh syaitan dan iblis. Perkara yang salah sudah menjadi benar, perkara yang benar makin diperlekehkan. Dan jangan hairan, ada juga yang mempertikaikan amaran-amaran serta suruhan ALLAH daripada Al-Quran. Apa nak jadi???!!

Bila diberikan nasihat, mula untuk melarikan diri. Amat sukar untuk menerima apa yang sepatutnya telah ALLAH aturkan untuk manusia. Memang, harus juga kita peroleh. Kekadang kan, ada benda yang kita suka, ALLAH tak beri pada kita. Dan benda yang kita benci itu yang diberi. Sebab ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Kini, anak muda tidak sedar bahawa maut itu bila-bila sahaja akan menjemput. Bukalah pandangan mata. Dah termaktub, terang lagi bersuluh dalam Al-Quran, bahawa syaitan musuh yang nyata. Jangan kita menyesal di kemudian hari.  Wallahu'alam bis sawab~

No comments:

Post a Comment