Kasih sayang ibu sampai ke syurga, benarkan??? Apa yang bakal saya kongsikan sungguh menyayat hati. Bayangkan, seorang anak yang tidak tahu membuat kerja-kerja di rumah, di ugut untuk di usir dari rumah. Sedih saya memikirkan. Ada juga ibu yang sebegitu rupa. Sehingga remaja tersebut merasa tertekan dan akhirnya membawa diri keluar dari rumah. Di lorong-lorong sempit, dalam masa lebih kurang sebulan remaja tersebut menjadikan bangunan konkrit sebagai ruang tidur. Sehingga akhirnya, dia menerima musibah yang sangat berat untuk diterima oleh seorang wanita. Dia dirogol. Apakah ini salah dari dirinya? Yang kurang matang? Apakah salah ibunya, yang sentiasa mengugutnya? Salah siapakah ini??
Berdasarkan cerita dari seorang sahabat, saya terkilan dan sangat bersedih. Tidak menyangka, ada juga insan bergelar ibu yang sanggup melakukan perkara sedemikian kepada anaknya.
Anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Bilamana cantik cara pencoraknya mencorakkan, maka cantiklah kain tersebut. Bukankah ibu bapa adalah pendidik kepada anak-anak? Jadi jangan hairan bila ada gejala sosial di sana-sini. Pandang dahulu pada ibu bapanya. Didikan dari rumah merupakan didikan awal yang diterima. Didikan negatif bakal membawa kepada perkara-perkara negatif, begitu juga sebaliknya. Bukan mahu menyalahkan ibu bapa 100% tetapi mereka adalah pencorak terawal yang juga merupakan pihak yang penting dalam perkembangan minda anak-anak.
Merenung kembali aktiviti debat yang pernah saya sertai dahulu, "Salah Siapa" iaitu satu daripada slot pengisian dalam Pembangunan Modal Insan 2009 anjuran organisasi kampus. Sebelum itu, kami diperlihatkan slide berkenaan hedonisme yang antaranya memaparkan kupasan mengenai gejala sosial seperti gejala pengguguran, pergaulan bebas, transeksual dan lain-lain lagi.
Di akhir slot tersebut, kami diwar-warkan untuk berbicara mengikut buah fikiran masing-masing. Di bahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan individu, badan kerajaan, bukan kerajaan, rakan sebaya dan ibu bapa. Maka berdebatlah semua peserta mengikut giliran. Saya yang merupakan peserta dari kumpulan individu mendapati, pelbagai pihak menyalahkan individu. Setelah mengambil ibrah daripada aktiviti tersebut, bukan hanya pihak individu yang terlibat dalam pembangunan dan pemikiran kendiri dalam masyarakat tetapi pelbagai pihak harus juga memainkan peranan penting.
Badan kerajaan : Pihak yang mampu untuk menyekat keluar masuk perkara-perkara negatif contohnya mengurangkan tayang televisyen yang kurang baik, konsert seperti Adam Lambart dan lain-lain. Bukan itu sahaja, malah mereka boleh menggubal undang-undang untuk menyekat penglibatan remaja dalam gejala sosial. Menaiktaraf pendidikan kerohanian di sekolah-sekolah dan menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan. Perkongsian dari peserta-peserta bahawa Rakan Muda adalah antara organisasi yang bertanggungjawab dalam pembinaan anak remaja. Benarkah?
Badan bukan kerajaan : Apa pula peranan mereka? Badan seperti Rotary Club antara badan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan. Terdapat juga badan-badan lain. Namun sejauh manakah badan ini mampu membentuk sahsiah anak remaja kini??
Rakan Sebaya : Agen yang kuat pengaruhnya berbanding ibu bapa. Tidak banyak yang saya ungkapkan untuk pihak ini. Rakan adalah cermin diri. Rakan yang baik adalah rakan yang berani menegur kesilapan, bukan menyembunyikan kesilapan. Harus bijak memilih rakan.
Ibu bapa : Seperti yang sedia saya maklumkan, ibu bapa pencorak anak-anak. Baik atau buruk hasil corak, maka begitulah sikap anak-anak. Ibu bapa yang beriman amat mudah mencorakkan anak-anak. Sungguh beruntung menjadi ibu bapa yang beriman, melahirkan anak yang beriman dan apabila "pergi" nanti, bila meninggalkan anak yang beriman, akan sentiasa didoakan kesejahteraan. Pilihlah, mahu menjadi ibu bapa beriman atau sebaliknya??
Individu : Bagaimana dengan pihak ini pula? Pihak ini mampu memilih dan mencari. Pihak ini merupakan pihak yang mampu untuk melakukan keputusan sendiri. Di tangan pihak ini juga sama ada mahu memilih jalan yang salah atu jalan yang betul.
Daripada kajian secara umum yang saya jalankan, peratusan keputusan menyalahkan amat tinggi adalah pihak individu.
Namun, berbalik pada cerita saya yang pertama, salah siapakah? Lihat pada semua pihak. Mereka harus bekerjasama. Bagaimana ibu tersebut mencorakkan anaknya? Tanggungjawab masyarakat sekeliling? Kerajaan dan bukan kerajaan pula bagaimana? Adakah salah anak tersebut sehingga perkara buruk berlaku pada dirinya? Renungi dan fikirkan... Salah siapa???
No comments:
Post a Comment