Sunday, May 8, 2011

Nostalgia kecilku...bersama ibu... ^_^

Teringat, sewaktu kecil...
Ibu, menemani aku ke sekolah...
Masa tu masih tadika lagi...
Umur masih 6 tahun, takut bersemuka dengan orang lain.
Loceng bordering, ibu mula mengangkat kaki meninggalkan aku.
Aku menangis, takut ditinggalkan.
Sehingga ketika itu, guru tadika terpaksa menutup pintu, untuk menghalangku mengekori ibuku.
Sedihnya....mengapa aku ditinggalkan...

Kini ku faham..
Apa tujuan aku dihantar ke sekolah. Ibu pernah berkata, pelajaran adalah harta. Sebaknya memikirkan. Baru ku tahu, mengapa aku ditinggalkan di tadika dulu. Hehee...

Kini...
Aku jauh dari ibuku...
Melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh dari perhatian ibu.
Kalau dulu, ibulah yang menasihati agar sentiasa pulang awal bila dari sekolah. Nasihati jangan berbuat itu dan ini. Kadang-kadang aku memberontak. Segalanya ada hikmah bila dilarang untuk berbuat itu dan ini. Walaupun degil, akhirnya aku akur.

Kini...
Aku yang harus memilih jalanku...
Aku yang harus memilih ke arah yang mana...
Arah yang salah atau yang benar...
Arah yang berliku atau yang lurus...
Semua kini di tanganku...
Akalku membawa aku melakukan sesuatu...

Alhamdulillah,
Segala didikan ibu ku ingat masih...
Tidak akan dipersia-sia didikanmu ibu...
Walaupun kini keadaan telah berubah...
Aku semakin dewasa di celah-celah hidup yang penuh cubaan...
Aku bersyukur, kerana ALLAH mengurniakan aku insan bergelar ibu...
Salam Kasih Ibu.

No comments:

Post a Comment